Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 dan Honor 20 Pro kini serendah dari RM 1,399 sahaja

Honor Malaysia Halloween promotion
Honor Malaysia telah mengumumkan satu promosi khas sempena Halloween yang menawarkan diskaun RM 300 bagi pembelian telefon pintar siri Honor 20.

Mulai 19-31 Oktober 2019, Honor Malaysia telah mengumumkan penawaran Honor 20 dan Honor 20 Pro pada harga istimewa iaitu hanya RM 1,399 dan RM 1,699.

ULASAN : Honor 20 – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran

Promosi menarik ini boleh dinikmati dengan pembelian Honor 20 atau Honor 20 Pro di http://www.hihonor.com.my/, Honor Experience Store (HES) –  atau melalui rakan penjual sah.

Selain itu, pembeli Honor 20 atau Honor 20 Pro juga akan menikmati lanjutan waranti selama satu tahun (keseluruhan 2 tahun) melalui kempen Rileks, Beli je.

Kempen jaminan waranti sehingga 2 tahun ini boleh dinikmati bagi pembelian siri telefon pintar Honor 20 sehingga 31 Disember 2019.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.