Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X disahkan akan dilancarkan di Malaysia

 

Honor 9X Malaysia Launch

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 9X akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Honor 9X ini dilancarkan bersama-sama Honor 9X Pro namun buat masa ini hanya Honor 9X akan ditawarkan di pasaran Malaysia.

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Honor 9X  memiliki skrin paparan FHD+ IPS LCD berukuran 6.59-inci demgan resolusi 1080 x 2340px yang memberikan nisbah skrin kepada badan yang amat tinggi iaitu 92%.

Nisbah ini berjaya dicapai dengan menjadikan Honor 9X sebagai telefon pintar pertama syarikat untuk hadir dengan solusi kamera selfie pop-up yang mana sensornya adalah 16MP dengan f/2.2.

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Pada bahagian belakang, Honor 9X hadir dengan sensor utama Quad Bayer 48MP dengan aperture f/1.8 dan satu sensor kedalaman 2MP.

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Pada bahagian pemproses, Honor 9X hadir dengan pemproses Kirin 810 yang turut digunakan pada Huawei Nova 5 dan merupakan pemproses 7nm seperti pemproses flagship Kirin 980.

Honor 9X juga hadir dengan EMUI 9.1 yang berasaskan Android Pie dan GPU Turbo3.0 namun terdapat kemungkinan besar ianya akan menjadi telefon pintar pertama Honor untuk hadir tanpa sokongan Google Services (Google Maps, YouTube, GMail dan banyak lagi).

Bercakap mengenai RAM dan memori dalaman, Honor 9X hadir dengan tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 4/64GB, 6/64GB dan 6/128GB (belum ada kepastian versi mana yang akan ditawarkan di Malaysia).

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Honor 9X  juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 10W melalui slot USB-C dan Honor juga menyertakan bicu audio 3.5mm.

Anda boleh menjadi antara pengguna terawal Honor 9X di Malaysia melalui program Honor Early Access

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.