Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme 5 – lebih prestasi, lebih bateri , lebih kamera pada harga serendah RM 599

realme 5 malaysiaPengenalan

realme , jenama telefon pintar yang kini sudah tidak asing di pasaran Malaysia telah melakukan satu lompatan drastik didalam penawaran telefon pintar mereka dengan pelancaran Realme 5 dan Realme 5 Pro.

Jika Realme 5 Pro adalah model yang lebih premium, Realme 5 merupakan model yang turut menawarkan teknologi quad-kamera pada titik harga yang tidak pernah dipernah kita bayangkan sebelum ini.

ULASAN : realme 5 Pro – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera flagship terbaik pada harga bajet

Sesuai dengan slogan syarikat Dare To Leap ini, realme 5 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan serendah RM 599 dan ini adalah ulasan realme 5 yang merupakan telefon pintar quad-kamera termurah dipasaran.

Apa yang dalam kotak? – video

realme 5 malaysia Lazada

Reka Bentuk

Seperti sudah menjadi identiti Realme, anda disajikan dengan paparan hadapan skrin waterdrop yang sama seperti beberapa generasi telefon pintar sebelum ini.

Jika skrin FHD+ adalah pilihan pada model Pro, realme 5 mengekalkan resolusi skrin HD+ seperti pada generasi sebelum ini iaitu realme 3.

realme 5 malaysia price

Skrin paparan ini adalah jenis yang mempunyai takukan minidrop yang kini 30.9% lebih kecil berbanding generasi sebelum (realme 3) ini dan kami akan perkatakan lebih lanjut mengenai perkara ini dibahagian skrin.

realme 5 pro vs realme 5
realme 5 dan realme 5 Pro

Pada bahagian belakang, perbezaan antara realme 5 dan realme 5 Pro hampir tidak wujud kecuali jika anda melihatnya dengan teliti.

realme 5 hadir dengan reka bentuk kristal yang dikenali sebagai nano halografik. reka bentuk realme 5 ini adalah premium lebih-lebih lagi bagi tahap harga seperti ini.

Panel belakang realme 5 masih merupakan plastik namun kegigihan realme untuk menawarkan kemasan seolah gelas harus diberikan pujian.

selain daripada itu, realme 5 hadir dengan profil yang lebih tinggi berbanding realme 5 pro dan generasi sebelum ini ( realme 3) iaitu 164.4mm.

Ulasan realme 5 malaysia

Pada bahagian bawah, realme 5 mempunyai slot microUSB, gril pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan mikrofon.

realme 5 malaysia Review

Pada bahagian sisi kiri pula terdapat butang pelaras suara dan slot tri-SIM manakala dibahagian kanan terdapat butang kuasa.

realme 5 malaysia harga

Skrin Paparan

realme 5 hadir dengan skrin paparan mini-drop berukuran 6.5-inci yang menolak resolusi HD+ 1600×720 dengan kepadatan piksel 269ppi.

Panel skrin ini adalah lebih besar berbanding skrin realme 3 yang mana panel 6.2-inci telah digunakan ketika itu.

Panel LCD yang digunakan pada realme 5 ini meliputi 89% daripada permukaan hadapan dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla yang tidak dinyatakan generasi yang mana.

Pada harga serendah RM 599, pengunaan skrin paparan HD+ adalah sesuatu yang logik namun pasti ada ramai pihak yang gembira jika realme menawarkan panel FHD+ pada telefon pintar mampu milik seperti realme 5 ini.

Secara keseluruhanya, realme 5 menawarkan pengalaman skrin yang terbaik pada harga ini dan mengekalkan gelaran yang dimenangi realme 3 sebelum ini.

realme 5 Snapdragon 665

Pemproses

realme 5 kini adalah telefon pintar yang lebih berkuasa dan menyaksikan siri telefon pintar mampu milik ini kembali semula untuk menggunakan pemproses Snapdragon yang dibekalkan oleh Qualcomm.

Untuk rekod, realme 3 telah menggunakan pemproses Helio P60 yang menawarkan peningkatan prestasi berbanding realme 2.

Pada realme 5 ini, pemproses kelas mid-range daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 665 telah menjadi pilihan dan bagi pasaran Malaysia, ianya ditawarkan didalam dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 3/64GB atau 4/128GB.

Pemproses Snapdragon 665 AEI yang digunakan pada realme 5 ini adalah berasaskan cip 11nm dengan kelajuan 2.0GHz dan ini adalah hampir 20% lebih baik berbanding pemproses Snapdragon 660 AEI.

ColorOS 6 realme 5

realme 5 juga hadir dengan antaramuka ColorOS yang berasaskan Android Pie namun kali ini terdapat folder yang mencadangkan aplikasi dan permainan video yang boleh dimuat turun.

Sebagai menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pengguna, realme telah mengesahkan bahawa kemaskini Android 10 bagi realme 5 akan mula ditawarkan sekitar suku ke-2 2020.

Bagi penggemar permainan video, pengalaman gaming anda sudah pasti lebih ‘berpuas hati’ dengan penawaran Game Space yang membawa prestasi telefon pintar ini ke tahap maksima.

realme 5 malaysia

Kamera

Pada harga serendah RM 599, realme 5 membawakan penawaran 4 kamera dibelakang yang mana ianya meliputi segala aspek fotografi tidak kira yang jauh, yang dekat, yang lebar mahupun waktu malam.

realme 5 hadir dengan sensor kamera yang sama seperti pada realme 5 Pro kecuali sensor utama yang mana sensor 48MP Sony IMX586 digantikan dengan sensor 12MP yang mempunyai aperture f/1.8.

Tiga sensor yang lain adalah satu sensor 8MP dengan sudut 119° darjah, sensor potret 2MP dan sensor makro 2MP.

Bercakap mengenai sensor utama 12MP yang disertakan pada realme 5 ini, walaupun tidak setanding dengan kamera realme 5 Pro, ianya masih mampu menawarkan pengguna fotografi yang hampir sempurna pada keadaan cahaya yang baik.

Gambar yang diambil ternyata mampu mengekalkan keindahan situasi atau adengan yang diambil namun jumlah maklumat tidak lah begitu tinggi.

Pengunaan sensor kanta lebar bagi mengambil gambar yang lebih luas juga memberikan kita hasil yang memuaskan.


Ianya membolehkan anda mengambil gambar yang lebih luas namun anda harus berhati-hati supaya tidak terlalu dekat dengan peranti kerana ianya akan menghasilkan kesan ‘fish-eye’.

Lebih menarik, realme tidak membataskan mod malam NightScape kepda realme 5 Pro dan ciri ini turut boleh dinikmati oleh pemilik realme 5.

Mod NightScape realme ini membolehkan fotografi waktu malam yang lebih baik, walaupun tidak sempurna.


Gambar mod malam yang diambil pada realme 5 boleh dilakukan dengan mengaktifkan mod NightScape pada aplikasi kamera dan pengunaan tripod akan membolehkan mod NightScape ini lebih efektif.

Gambar potret pada realme 5 ini dibantu dengan satu sensor 2MP yang mempunyai tugas membekalkan maklumat ‘depth’ dan memberikan kesan bokeh yang sempurna. Bergantung kepada keadaan cahaya, realme 5 mampu mengambil gambar potret yang baik.

Mod makro realme 5 adalah seperti yang ditawarkan pada realme 5 Pro dengan hasil yang lebih kurang sama.

Seperti kami perkatakan pada ulasan eksklusif realme 5 Pro, sensor makro ini menawarkan satu sudut fotografi yang baru namun resolusi sensor yang lebih tinggi sudah pasti mampu mengubah kualiti gambar yang diambil.

beralih kepada kamera selfie yang mempunyai peranan penting pada telefon pintar, realme telah membekalkan kamera selfie 13MP yang mempunyai aperture f/2.0 dengan AI Beauty dan AI HDR.

realme 5 battery

Bateri

Selain kamera, realme 5 memiliki kelebihan kompetitif dari segi penawaran bateri, realme 5 disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menawarkan jangka hayat bateri luar biasa pada harga bajet.

Sedikit mengecewakan adalah pengunaan slot microUSB untuk pengecasan dan tiada sokongan pengecasan pantas VOOC seperti pada  realme 5 Pro namun ada sudah pasti faham dengan harga penjualan ‘ultra-rendah’, pasti ada yang terpaksa dikorbankan demi mengekalkan tahap harga ini.

Pengecasan 10W 5V/2A disertakan didalam kotak dan ianya mampu memberikan sekitar 20-30% didalam masa 30 minit pengecasan yang mana ianya tidak lah begitu pantas.

realme 5 malaysia

Penutup

realme sekali lagi membuktikan kepada semua bahawa telefon pintar bajet seperti realme 5 juga mampu menawarkan teknologi fotografi yang baik selain jangka hayat bateri luar biasa.

Walaupun masih ada sedikit kekurangan, realme 5 sudah pasti menjadi antara telefon pintar kelas ‘entry-level’ pilihan ramai.

realme 5 akan ditawarkan di Malaysia pada 17 Oktober ini dengan harga penjualan dari RM 599 iaitu bagi versi 3/64GB manakala versi 4/128GB pula akan memiliki harga penjualan RM 799.

Pembelian realme 5 boleh dibuat secara eksklusif di Lazada.

Beli realme 5 versi 3/64GB di Lazada

Beli realme 5 versi 4/128GB di Lazada

Gambar yang diambil menggunakan sensor quad-kamera realme 5

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.