Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme 5 Pro – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera flagship terbaik pada harga bajet

Realme 5 Pro Malaysia ReviewULASAN : realme 5 Pro – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera flagship terbaik pada harga bajet

Realme dare to leap

Pengenalan

realme merupakan jenama telefon pintar yang popular dikalangan pengguna di Malaysia khususnya kerana syarikat ini mampu menawarkan telefon pintar pada harga yang lebih berpatutan tanpa sebarang kekurangan drastik pada telefon pintar.

Walaupun hanya ditubuhkan pada tahun 2018, Perjalanan realme didalam era pasaran telefon pintar yang sangat kompetitif dan mencabar adalah menakjubkan.

Sejak pelancaran realme C1 dan realme 2 Pro ke pasaran Malaysia lewat tahun lalu, realme telah menjadi antara jenama yang popular dikalangan golongan muda di Malaysia.

Selepas itu, pelancaran realme 3 dan seterusnya realme 3 Pro mengukuhkan lagi imej Realme di Malaysia.

Dengan slogan ‘Dare To Leap’ realme telah melangkah ke satu peringkat yang lebih kukuh namun sekali lagi mengutamakan apa yang pengguna mahu berbanding perkara lain.

realme telah melancarkan realme 5 Pro yang menjadi salah satu daripada dua model telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan tetapan quad-kamera.

Buka Kotak

ini adalah video buka kotak realme 5 pro di Malaysia

Realme 5 Pro Malaysia

Reka Bentuk

Sejak realme 2 Pro, realme nampaknya telah mengekalkan pengunaan reka bentuk skrin ‘waterdrop’ pada bahagian hadapan dengan beberapa inovasi reka bentuk dibahagian belakang.

Jika realme 2 Pro hadir dengan reka bentuk panel belakang satu tona plastik, realme 3 dan realme 3 Pro mula menampakkan kematangan Realme didalam menawarkan reka bentuk panel belakang dengan corak geometri dan warna gradiasi.

Realme 5 Pro Malaysia

Seperti realme 2 Pro dan realme 3 Pro, realme 5 Pro masih mengekalkan pengunaan plastik sebagai bahan utama iaitu pada bahagian rangka dan panel belakang.

Rangka plastik realme 5 Pro ini hadir didalam warna yang sama seperti panel belakang namun didalam kemasan matte.

Bercakap mengenai panel belakang pula, walaupun berasaskan plastik realme 5 Pro menawarkan satu reka bentuk geometri yang unik dengan refleksi cahaya sudah pasti membuatkan anda keliru samada panel ini diperbuat daripada kaca ataupun plastik.

realme mengelar corak panel belakang ini sebagai ‘nanometer holographic color’ dan kami tidak kisah dengan gelaran yang diberikan kerana ianya layak mempunyai nama yang bombastik.

Realme 5 Pro Malaysia USB-C

Pada bahagian bawah, realme 5 Pro hadir dengan slot pengecasan USB-C yang menjadikanya sebagai telefon pintar pertama Realme di Malaysia untuk hadir dengan slot ini dan ianya menyokong pengecasan pantas 20W VOOC (lebih lanjut mengenai pengecasan pantas di bahagian bateri).

Selain slot USB-C, panel belakang juga mempunyai bicu audio 3.5mm yang semakin pupus dan gril pembesar suara.

Realme 5 Pro Malaysia

Pada bahagian kiri, terdapat butang kuasa dan slot tri-SIM yang menyokong dua kad SIM dan satu slot MicroSD dan ianya bukan slot hibrid.

Pada bahagian kanan, butang kuasa realme 5 Pro mengambil tempatnya seperti pada generasi sebelum ini.

Ukuran dimensi realme 5 Pro adalah 157 x 74.2 x 8.9 mm dengan berat 184 gram iaitu 12 gram lebih berat dari Realme 3 Pro dengan suspek utama adalah kerana pengunaan 4 kamera.

realme 5 Pro juga telah menerima pengiktirafan sebagai telefon pintar yang kalis percikan air ‘splash-resistant’.

Realme 5 Pro Malaysia

Skrin paparan

Sejak realme 2 Pro, Realme telah mengekalkan pengunaan skrin paparan dengan takukan waterdrop yang mana Realme mendakwa takukan ini adalah 30% lebih kecil berbanding takukan pada realme 3 Pro.

realme 5 Pro hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.3-inci yang memberikan resolusi FHD+ (1080 x 2340) dan diatas kertas ianya kelihatan sama seperti panel yang digunakan pada realme 3 Pro namun perbandingan sebelah-sebelah antara kedua-dua telefon pintar Realme ini membuktikan realme 5 Pro mempunyai kecerahan maksima yang lebih tinggi.

Panel ini mempunyai nisbah skrin kepada badan 90.6% dengan kepadatan piksel adalah 409ppi.

Panel skrin LCD realme 5 Pro ini juga dilapisi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla 3+.

Secara keseluruhanya, realme 5 Pro hadir dengan pakej skrin yang memuaskan namun pengunaan panel skrin AMOLED berbanding panel IPS LCD adalah sesuatu yang kami mahu lihat ( mungkin Realme 6 Pro).

Snapdragon 712 AIE

Pemproses

Apabila dibandingkan dengan realme 3 Pro, ini adalah satu aspek telefon pintar realme 5 Pro yang dimenampakkan perubahan yang tidak begitu ketara.

realme 5 Pro hadir dengan pemproses Snapdragon 712 AIE yang menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 10% berbanding Snapdragon 710.

Selain itu, arkitektur pemprosesan grafik yang baru juga menjanjikan tahap efisen tenaga 35% lebih baik berbanding Snapdragon 710 yang digunakan pada Realme 3 Pro.

realme 5 Pro juga hadir dengan konfigurasi RAM dan storan dalaman UFS 2.1 8/128GB.

pengunaan UFS 2.1 pada realme 5 Pro adalah sesuatu yang menarik kerana ianya adalah sistem storan yang lebih pantas berbanding UFS 2.0

Sesi gaming bersama realme 5 Pro juga lebih baik khususnya dengan penawaran teknologi HyperBoost 2.0

realme 5 Pro masih memggunakan ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie namun Realme telah mengesahkan bahawa realme 5 Pro akan menjadi antara telefon pintar terawal realme untuk dinaiktaraf ke sistem operasi Android 10. (Pada suku pertama tahun 2020).

Secara keseluruhanya prestasi realme 5 Pro adalah sentiasa konsisten dari semua aspek kegunaan yang mana ini memastikan setiap tugas yang diberikan kepada telefon pintar ini berjaya dilakukan dengan cemerlang.

Realme 5 Pro Malaysia

Kamera

Bahagian kamera adalah perbezaan terbesar antara telefon pintar realme 5 Pro dan realme 3 Pro yang dilancarkan pertengahan tahun ini.

realme 5 Pro merupakan telefon pintar Realme ( bersama-sama Realme 5) untuk hadir dengan tetapan quad-kamera di belakang.

Realme 5 pro malaysia

penawaran 4 kamera dibelakang bukanlah sesuatu yang baru namun Realme telah mengambil inisiatif khas untuk menawarkan teknologi kamera kelas flaghsip ini pada realme 5 Pro yang ditawarkan 1/3 daripada harga telefon pintar premium.

Realme 5 pro malaysia
Contoh Gambar Mod NightScape

realme 5 Pro telah disertakan dengan sensor 48MP Sony IMX586 sebagai sensor utama yang mana ianya adalah ‘upgrade’ terbesar apabila dibandingan dengan kamera utama 16MP Sony IMX 519 yang dipadankan dengan satu sensor kedalaman 5MP f/2.4.

Selain sensor utama 48MP, Realme 5 Pro juga memiliki 3 lagi sensor kamera iaitu satu sensor kanta lebar 8MP, sensor potrait 2MP dan sensor makro juga pada resolusi 2MP.

Sensor utama 48MP Sony IMX586 yang digunakan pada realme 5 Pro hadir dengan aperture f/1.79, pemfokusan PDAF, 10x zoom digital dan pelbagai fungsi kamera berasaskan AI.

Pada UI kamera realme 5 Pro, terdapat fungsi pengambilan gambar ‘ ultra 48MP’ yang membolehkan anda menggunakan potensi penuh sensor kamera ini. Ianya memberikan hasil gambar kualiti penuh pada resolusi 8000 x 6000 yang memastikan setiap maklumat pada gambar ini dikekalkan seperti yang diambil.

Mod Ultra 48MP

Sensor kamera 48MP ini juga boleh digunakan bersama sensor potrait untuk mengambil gambar potrait beresolusi tinggi selain mod kamera malam NightScape yang lebih terang dan lebih menakjubkan dan seolah memberi nafas baru bagi fotografi malam.

Sensor kanta lebar 8MP yang ditawarkan pada Realme 5 Pro ini mempunyai aperture f/2.25 dengan 119° darjah yang mana ianya turut menawarkan sokongan mod malam NightScape yang tidak perlu disebut lagi kelebihanya.

Realme 5 pro malaysia

Sedikit mengecewakan adalah resolusi kamera ini adalah jauh berbeza dari sensor utama dan ini menyebabkan gambar yang diambil pada sensor ini tidak begitu tinggi kualitinya.

Sensor potret yang ditawarkan pada realme 5 Pro ini adalah 2MP dengan tujuan utama adalah untuk berkerjasama dengan sensor utama bagi gambar potrait yang lebih sempurna.

Potret pada realme 5 Pro boleh dikatakan sebagai antara yang terbaik yang boleh anda ambil menggunakan telefon pintar Realme .

realme nampaknya tidak mahu terlepas satu aspek fotografi yang kebiasaanya ditawarkan pada kamera DSLR.

Super Makro

Anda kini boleh mengambil gambar objek jarak dekat sejauh 4cm dari sensor pada mod makro ini  namun disebabkan pengunaan sensor 2MP, gambar yang diambil ternyata sangat lembut dan kelihatan kabur. Aspek fotografi makro pada telefon pintar adalah sesuatu yang baik namun masih banyak yang boleh diperbaiki pada generasi telefon pintar yang akan datang.

Secara keseluruhanya, kamera belakang realme 5 Pro telah mengotakan janjinya iaitu penawaran teknologi kamera kelas flagship yang tidak mampu ditawarkan oleh pengeluar telefon pintar lain pada kelas harga ini.

Chroma-Boost pada realme 5 Pro ini mempersembahkan setiap gambar yang anda ambil dengan kualiti warna yang sangat terang dan tepat (kami sentiasa aktifkan mod Chroma Boost).

Realme 5 Pro Malaysia

Pada bahagian hadapan, realme 5 Pro hadir dengan sensor kamera 16MP yang merupakan sensor Sony IMX 471 dengan aperture f/2.0.

Kamera selfie 16MP ini adalah lebih rendah apabila dibandingkan dengan sensor 25MP yang digunakan pada realme 5 Pro namun resolusi sesuatu sensor sahaja tidak menceritakan cerita sebenar sesuatu sensor kamera itu.

Kamera selfie ini mempunyai mod gambar biasa dan gambar potrait selain sokongan HDR.

Anda juga boleh mengaktifkan mod kecantikan AI dengan pelbagai fungsi tambahan yang mewakili pelbagai bahagian wajah termasuk mata, hidung, dagu dan banyak lagi.

Sebagai penutup, teknologi kamera realme 5 Pro nampaknya akan menjadi salah satu ‘selling-point’ terbesar telefon pintar ini kerana penawaran quad-kamera pada kelas harga seperti ini adalah sesuatu yang hampir mustahil.

Realme 5 Pro Malaysia

Bateri

realme 5 Pro telah disertakan dengan bateri berkapasiti 4,035mAh yang mana apabila dipadankan dengan pemproses Snapdragon 712 mampu menawarkan jangka hayat bateri yang baik kepada pengguna.

Seperti mendengar rintihan banyak pengguna (termasuk saya sendiri), Realme akhirnya telah beralih kepada pengunaan slot pengecasan USB-C yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 pada kadar 20W.

Realme mendakwa pengecasan pantas VOOC 3.0 ini mampu mengecas penuh realme 5 Pro didalam masa 1.38 jam dan terdapat teknologi AI Cooling yang membantu telefon pintar ini mengekalkan suhu yang konsisten ketikan pengecasan sambil bermain game.

Pengecasan realme 5 Pro ini mampu mencapai tahap 43% didalam masa sejam ketika anda bermain permainan video yang menjadikanya 4x ganda lebih pantas berbanding teknologi pengecasan pantas yang lain.

Realme 5 pro malaysia

Penutup

realme 5 Pro adalah satu lagi bukti bahawa syarikat ini mampu menawarkan inovasi kelas flaghsip pada telefon pintar mampu milik seperti Realme 5 Pro ini.

Slogan ‘Dare To Leap’ Realme telah diterjemahkan dengan sempuran pada realme 5 Pro ini.

Dengan teknologi quad-kamera, telefon pintar inirealme 5 Pro sudah pasti akan menarik minat pengguna setia Realme dan ini termasuk pemilikrealme 3 Pro yang mungkin baru sahaja beralih kepada telefon pintar tersebut beberapa bulan lalu.

realme5 Pro akan ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 1,099 iaitu bagi versi 8/128GB.

realme5 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Sparkling Blue dan Crystal Green yang mana kedua-duanya adalah warna yang cantik.

Penjualan akan bermula pada 10 Oktober ini secara eksklusif di Lazada (percuma earbud Alan Walker) manakala pra-tempahan kini telah dibuka di stor fizikal realme Malaysia

masukkan realme 5 Pro didalam senarai ‘wishlist’ di Lazada

Gambar-gambar yang diambil menggunakan Realme 5 Pro :

Realme 5 pro malaysiaRealme 5 pro malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.