Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 7T Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober ini

OnePlus 7T Pro Malaysia
OnePlus 7T yang dilancarkan pada 27 September lalu nampaknya kini akan menerima versi Pro dan model ini nampaknya akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober ini.

OnePlus 7T kini rasmi dengan skrin 90Hz, SD855+ dan Android 10

Pengumuman OnePlus 7T Pro beberapa hari selepas pelancaran OnePlus 7T sudah pasti tidak disenangi oleh pengguna khususnya yang telah membeli OnePlus 7T.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang maklumat mengenai OnePlus 7T Pro ini diketahui namun ianya sudah pasti akan hadir dengan pakej spesifikasi yang lebih baik dari OnePlus 7 Pro.

Antara spesifikasi OnePlus 7T Pro yang mungkin disertakan adalah pemproses Snapdragon 855+, skrin paparan 120GHz, Android 10 dan teknologi pengecasan pantas Warp Charge 65W.

Pelancaran rasmi OnePlus 7T Pro hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kami akan memberikan anda semua maklumat rasmi sejurus selepas pelancaran OnePlus 7T Pro ini selesai.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.