Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee 9.9 Super Shopping Day mencatatkan 3 kali ganda jumlah pesanan berbanding 2018

Shopee 9.9 Super Shopping Day mencatatkan 3 kali ganda jumlah pesanan berbanding 2018 1

Shopee 9.9

Shopee 9.9 Super Shopping Day mencatatkan 3 kali ganda jumlah pesanan berbanding 2018

Kempen penjualan Shopee 9.9 baru sahaja berakhir dan ianya kini telah diktiraf sebagai kempen Super Shopping Day paling berjaya dalam sejarah.

Shopee

Shopee berjaya mencatatkan prestasi paling terbaik pada 9 September, diserlahkan oleh: 

3 kali ganda jumlah pesanan berbanding tahun 2018

187,606 barangan dijual dalam seminit pada waktu puncak

Lebih daripada 113 juta tawaran ditawarkan

Shopee Cristiano Ronaldo

Program penstriman video Shopee Live telah menerima 50 juta penonton sepanjang kempen 9.9 ini manakala aplikasi seperti Shopee Quiz dan Goyang Shopee juga mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya.

Shopee Cristiano Ronaldo

Selain itu, kejayaan kempen Shopee 9.9 kali ini turut didorong oleh kerjasama antara Shopee dengan duta jenama Cristiano Ronaldo.

Iklan televisyen pertama Cristiano Ronaldo dengan Shopee menerima 35 juta tontonan dalam talian setakat ini, manakala persembahan Shopee Danceoleh ikon bola sepak ini telah disaksikan di seluruh dunia.

Jenama Paling Popular: Mr DIY, Mydin, Nestle, Vivo, Vinda, Maybelline, Carlo Rino

Kategori Utama: Kelengkapan Rumah, Kesihatan & Kecantikan, Telefon & Aksesori

Barangan Paling Laris: Fon telinga tanpa wayar, kasut, telefon pintar, periuk tekanan, ketuhar elektrik, kelengkapan tempat tidur dan tuala, penapis minyak kenderaan bermotor, MILO

Kata Kunci Paling Hangat: Blaus, burger, Playstation 4, Milo, iPhone  

Sebagai tanda terima kasih, Shopee kini mengadakan penjualan Beli-belah 9.9 Thank You Sale di http://shopee.com.my/99

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.