Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apa lagi yang Apple umumkan di majlis pelancaran iPhone malam tadi

Apple Watch

Selain pelancaran 3 model Apple iPhone 11 yang baru, Apple juga telah membuat beberapa pengumuman lain di majlis pelancaran Apple awal pagi tadi.

Apple Arcade

Apple Arcade

Apple telah memperkenalkan perkhimatan gaming Apple Arcade yang menawarkan anda satu hub permainan eksklusif bagi semua peranti Apple termasuk iPad, Mac, iPhone dan Apple TV.

Apple iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max akan dilancarkan di Malaysia pada 27 September dengan harga dari RM 3,399

Ianya ditawarkan secara percuma untuk 1 bulan pertama dengan bayaran bulanan RM 19.90 bagi satu keluarga (6 pengguna).

Apple Arcade akan dilancarkan dengan 100 tajuk permainan video eksklusif dengan satu tajuk baru akan ditambah setiap bulan.

Apple Watch Series 5 Malaysia

Apple Watch Series 5

Apple turut telah memperkenalkan generasi kelima Apple Watch yang kini hadir dengan teknologi skrin ‘always-on’ dengan saiz masih sama seperti sebelum ini iaitu 40mm dan 44mm.

Apple juga telah menghentikan penjualan Apple Watch Series 4 namun masih menawarkan Apple Watch Series 3 pada harga yang lebih murah.

Apple iPad Malaysia

Apple iPad

Apple juga telah memperkenalkan satu lagi model iPad yang hadir dengan skrin paparan 10.2-inci namun menggunakan cip pemprosesan Apple A10 yang lama.

Ianya dilancarkan sebagai iPad kelas ‘entry-level’ yang akan ditawarkan pada harga seperti berikut :

Apple iPad 32GB Wi-Fi – RM 1,499

Apple iPad 128GB Wi-Fi – RM 1,849

Apple iPad 32GB Wi-Fi + Selular – RM 1,999

Apple iPad 128GB Wi-Fi + Selular – RM 2,399

Apple TV+

Apple TV+

Selain dari itu, Apple turut mengumumkan Apple TV+ yang merupakan perkhimatan TV berbayar dengan kadar langganan bulanan RM 19.90 ( satu keluarga) namun bagi pembeli iPhone, iPad atau Mac yang baru anda akan menerima langganan satu tahun secara percuma.

Apple TV+ akan mula ditawarkan pada 1 November di lebih 100 negara seluruh dunia.

Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max kini rasmi dengan tri-kamera mod malam pada harga dari RM 4,899

Apple iPhone 11 kini rasmi dengan lensa lebar pada harga dari RM 3,399

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.