Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan unlimited Unifi Home 30Mbps kini ditawarkan pada RM89 sebulan

Unifi Home Plan 30mbps

Pelan unlimited Unifi Home 30Mbps kini ditawarkan pada RM89 sebulan

TM telah mengumumkan pelan Unifi Tanpa-Had 30Mbps telah dilancarkan dengan bayaran bulanan RM 89 sahaja.

Pelan Unifi ini diberi nama Home Plan dan selain menawarkan kelajuan muaturun 30Mbps, ianya turut hadir dengan kelajuan muatnaik 10Mbps.

Selain itu, pelan Home Plan ini tidak menawarkan panggilan percuma dan anda akan dicaj pada kadar 20 sen/minit ke telefon mudah alih mahupun talian tetap.

Pelan Unifi Home Plan ini juga hadir dengan akses percuma ke 14 saluran UnifiTV namun melalui aplikasi playTV.

Bagi yang melanggani Pelan Unifi Home Plan sebelum 30 September, anda akan menerima satu bulan langganan percuma.

Maklumat lanjut di https://unifi.com.my/personal/home/fibre-broadband

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.