Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IFA 2019 : HMD Global lancarkan Nokia 110, Nokia 2720 Flip dan Nokia 800 Tough yang tahan lasak

Nokia 110, Nokia 2720 Flip 4G dan Nokia 800 Tough

Nokia 110, Nokia 2720 Flip 4G dan Nokia 800 Tough

Nokia yang dimiliki HMD Global telah sekali lagi menyertai IFA tahun ini dan jenama ikonik ini telah mengumumkan beberapa model baru termasuk satu model lasak yang memenuhi gred kententeraan.

Nokia sebentar tadi telah melancarkan Nokia 110, Nokia 2720 Flip 4G, Nokia 800 Tough.

Nokia 110 Malaysia

Nokia 110

Nokia 110 merupakan model telefon yang hadir untuk mengukuhkan lagi kedudukan Nokia sebagai pengeluar telefon ‘featured’ No.1 dunia.

Nokia 110 hadir dengan skrin QQVGA berukuran 1.7-inci, kamera qVGA, bateri 800mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari, slot microSD (32GB), 4MB ROM dan 4MB RAM.

Nokia 110 juga hadir dengan aplikasi pemain muzik, permainan ikonik Nokia iaitu Snake dan 4 lagi permainan tambahan.

Nokia 110 akan mula memasuki pasaran pada bulan September dengan harga penjualan $20 atau sekitar RM 83 sahaja.

Nokia 2720 Flip 4G Malaysia

Nokia 2720 Flip 4G

Beralih kepada Nokia 2720 flip 4G, reka bentuk telefon ini mengingatkan kita zaman telefon boleh lipat yang sangat popular ketika itu.

Nokia 2720 Flip 4G ini hadir dengan dua skrin iaitu satu skrin QVGA berukuran 1.3-inci dibahagian luar dan satu skrin 2.8-inci dibahagian dalaman, pemproses Qualcomm Snapdragon 205, 512GB RAM, 4GB memori dalaman dan sokongan kad microSD.

Nokia Flip 2720 4G juga hadir dengan kamera 2MP yang disertakan dengan flash, WiFi, GPS, aplikasi Facebook dan WhatsApp terbina, papan kekunci fizikal, bateri 1,500mAh dan sistem operasi KaiOS.

Nokia 2720 Flip 4G akan hadir ke pasaran bulan ini dengan harga penjualan €89 atau sekitar RM 411.

Nokia 800 Tough Malaysia

Nokia 800 Tough

Mode ketiga yang ingin kita perkatakan disini adalah Nokia 800 Tough yang secara rasmi mengisytiharkan kemasukan Nokia ke pasaran telefon pintar lasak.

Nokia 800 Tough hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk tertinggi iaitu IP68 dan gred ketenteraan MIL-STD-810G

Nokia 800 ini memiliki skrin paparan qVGA berukuran 2.4-inci, pemproses Snapdragon 205, KaiOS, 4G LTE dan kamera 2MP yang disertakan dengan flash.

Nokia 800 Tough juga memiliki bateri berkapasiti 2100mAh yang mampu bertahan sehingga 43 hari, akses kepada Google Play Store dan aplikasi WhatsApp dan Facebook terbina.

Nokia 800 Tough akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan kelabu camouflag dengan harga penjualan €109 iaitu sekitar RM 504.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.