harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IFA 2019 : Nokia 6.2 dan Nokia 7.2 dilancarkan dengan teknologi kamera kelas flaghsip

Nokia 6.2 dan Nokia 7.2 Malaysia

IFA 2019 : Nokia 6.2 dan Nokia 7.2 dilancarkan dengan teknologi kamera kelas flaghsip

Nokia secara rasminya telah melancarkan Nokia 6.2 dan Nokia 7.2 di IFA 2019 yang kini sedang berlangsung di Berlin, Jerman.

Nokia 6.2 Malaysia

Bercakap mengenai Nokia 6.2 ianya hadir dengan skrin paparan Waterdrop Nokia PureDisplay berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ yang turut dilindungi dengan lapisan gelas Corning Gorilla Glass 3 dihadapan dan belakang.

winner78

Selain itu, Nokia 6.2 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 636, 3/4GB RAM dengan pilihan memori simpanan dalaman 32/64/128GB.

Bercakap mengenai kamera, Nokia 6.2 hadir dengan tetapa tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama 16MP+ sensor kanta lebar 8MP 188 darjah + sensor kedalaman 5MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Nokia 6.2 juga memiliki bateri berkapasiti 3,500mAh (USB-C) yang menjanjikan 2 hari pengunaan, Android Pie, Bluetooth 5.0 dan sokongan kad memori sehingga 512GB.

IFA 2019 - Nokia 7.2 Malaysia

Bercakap mengenai Nokia 7.2 pula, ianya juga hadir dengan skrin paparan Nokia PureDisplay berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Snapdragon 660, 4/6GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 64/128GB.

Nokia 7.2 juga hadir dengan tetapan tri-kamera seperti Nokia 6.2 namun sensor utama Nokia 7.2 adalah sensor 48MP Sony IMX586 + sensor kanta lebar 8MP 118 darjah + sensor kedalaman 5MP. Kamera selfie Nokia 7.2 adalah 20MP dan kesemua lensa ini hadir dengan optik Zeiss.

Beralih kepada bateri, Nokia 7.2 memiliki bateri berkapasiti 3,500mAh, Android Pie, butang Google Assistant dan sokongan tri-SIM ( 2 SIM + 1 kad microSD).

Nokia 6.2 dan Nokia 7.2 akan memasuki pasaran sekitar bulan September – Oktober 2019.

IFA 2019 : HMD Global lancarkan Nokia 110, Nokia 2720 Flip dan Nokia 800 Tough yang tahan lasak

harimaubet