Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A9 2020 dengan 4 kamera dan bateri 5,000mAh akan dilancarkan bulan ini

Oppo A90 2020 Malaysia

Oppo A9 2020 dengan 4 kamera dan bateri 5,000mAh akan dilancarkan bulan ini

Beberapa hari lalu, Oppo Malaysia telah mengeluarkan satu imej teaser mengenai pelancaran telefon pintar terbaru Oppo dengan 4 kamera dibelakang.

Pada mulanya, Oppo Reno 2 dilihat sebagai model yang akan ditawarkan di Malaysia selepas pelancaran model ini di pasaran India namun terdapat sedikit keraguan kerana susunan sensor kamera pada teaser tidak sama seperti pada Oppo Reno 2.

Walaubagaimanapun Oppo kini telah mengesahkan bahawa telefon pintar yang akan dilancarkan di Malaysia adalah Oppo A9 2020.

Selain daripada penawaran 4 kamera dibahagian belakang, tidak banyak maklumat mengenai Oppo A9 ini diketahui kecuali ianya akan hadir dengan 8GB RAM, 128GB memori dalaman, bateri berkapasiti 5,000mAh dan sensor capjari dibelakang.

Oppo dijangka akan mengeluarkan lebih banyak maklumat mengenai Oppo A9 2020 didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.