Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis menyatakan ketersediaan 5G melalui teknologi A.I Network

Maxis AI 5G

Maxis menyatakan ketersediaan 5G melalui teknologi A.I Network

Maxis Malaysia berkata rangkaian komunikasi mereka sudah bersedia melangkah ke era 5G dengan satu rangkaian yang dikenali sebagai Rangkaian A.I.

Rangkaian A.I. Maxis ini dibina berasaskan infrastruktur yang menyokong 5G dengan jejakan optik fiber terluas kepada stesen pangkalan mudah alih di seluruh negara.

Dibentuk dengan seni bina rangkaian Next-Gen IPserta perisian rangkaian teknologi terkini, Rangkaian A.I. Maxis mengoptimumkan trafik data di sepanjang laluan yang paling efisien dan juga sentiasa meramal jangkaan alihan trafik di sekitar kawasan yang berpotensi mempunyai masalah.

Rangkaian A.I. yang dibina Maxis ini membuktikan fokus mereka dalam membina keupayaan sendiri dan menggalakkan bakat-bakat yang ada didalam Maxis untuk memainkan peranan dalam perjalanan yang menarik ini.

Berikut adalah contoh-contoh bagaimana Rangkaian A.I. Maxis telah berfungsi dengan lebih pintar:

  • Pengurusan trafik rangkaian yang pintar
  • Sokongan untuk NB-IoT
  • Penyelesaian panggilan pertama yang lebih cepat
  • Kesinambungan perniagaan
  • Menangani keperluan perniagaan yang kritikal
  • Penyelenggaraan proaktif

Maxis project skyeye

Projek SkyEye Maxismenggunakan dron gred industri yang berprestasi tinggi untuk menangkap imejan HD 360-darjah menara rangkaian.

Rakaman ini kemudian disampaikan semula ke pelayan untuk pengimbasan diagnostik berkelajuan tinggi oleh A.I. Maxis, yang telah dilatih untuk pengesanan dan ramalan masalah struktur yang tepat dan cekap, serta mampu mencadangkan langkah penyelenggaraan proaktif yang sesuai.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian A.I. Maxis sila tonton video di bawah :

 

Pada bahagian Q&A Maxis juga menyatakan bahawa 5G dijangka akan mula digunakan secara meluas di Malaysia pada tahun 2021 kerana spektrum untuk 5G masih belum ditetapkan oleh pihak berkuasa dan masih belum ada peranti yang menyokong 5G di pasaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian A.I. Maxis, sila layari https://www.maxis.com.my/about-maxis/maxis-network/ms/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.