Oppo kekal sebagai syarikat telefon pintar No.2 di Malaysia
![Oppo kekal sebagai syarikat telefon pintar No.2 di Malaysia 1 Oppo Malaysia Canalys Report](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2019/08/12C2C0E8-2F4F-49DE-B0E2-0747AC923D52.png)
Oppo kekal sebagai syarikat telefon pintar No.2 di Malaysia
Oppo Malaysia telah mengukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai pengeluar telefon pintar No.2 di Malaysia walaupun pertumbuhan pasaran pada suku ke-2 2019 merudum 15%.
Laporan daripada Canalys mengesahkan bahawa Oppo kekal di tangga ke-2 pengeluar telefon pintar terbaik di Malaysia dengan 20% iaitu peningkatan sebanyak 27% berbanding suku ke-2 tahun 2018.
Ini merupakan kali ke-4 berturut-turut Oppo ditangga ke-2 iaitu sejaka suku ke-3 tahun 2018.
Selain itu, Samsung masih kekal di tangga pertama dengan 27% pegangan pasaran Malaysia namun telah jatuh hampir 35% berbanding suku ke-2 2018.
Tangga ketiga syarikat telefon pintar terbaik di Malaysia disandang oleh Vivo dengan 16% iaitu peningkatan sebanyak 11% berbanding suku ke-2 2018.
Tangga keempat dan kelima di sandang oleh Huawei dan Xiaomi masing-masing dengan 12% dan 10% pegangan pasaran.
Selain itu, Oppo juga telah mengukuhkan kedudukan pertama di pasaran Indonesia dengan 26% iaitu peningkatan sebanyak 54% berbanding suku ke-2 2018.