Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung lancarkan sensor kamera ISOCELL Bright HMX 108MP

ISOCELL BRIGHT HMX 108MP

Minggu lalu, Xiaomi telah mengesahkan akan menjadi pengeluar telefon pintar pertama didunia untuk memiliki sensor kamera 108MP dan kini maklumat mengenai sensor yang bakal digunakan sudah terjawab.

Samsung secara rasminya telah mengumumkan sensor ISOCELL Bright HMX bagi telefon pintar dengan resolusi 108MP. Ianya mempunyai saiz 1/1.33 iaitu hampir 125% lebih besar berbanding sensor 48MP ISOCELL Bright GM.

ISOCELL BRIGHT HMX 108MP

Sensor 108MP menggunakan teknologi Tetracell yang mana secara realitinya ia adalah sensor 27MP dengan saiz piksel 1.6μm

Selain daripada itu, sensor 108MP juga hadir dengan Smart ISO – satu mekanisma yang memilih tahap ISO untuk penghasilan gambar yang vivid.

Selain itu, sensor ISOCELL Bright HMX 108MP ini juga mampu merakam video 6K – 6016 x 3384 pada kadar 30fps yang pasti menarik juru video.

Pengkilangan komersial sensor ISOCELL Bright HMX 108MP ini dijangka bermula hujung bulan ini iaitu masa yang mencukupi untuk digunakan pada Xiaomi Mi Mix 4 yang mungkin dilancarkan pada bulan Oktober 2019.

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar pertama dengan sensor kamera 108MP

Dengan pengunaan sensor ini, Xiaomi akan menjadi antara syarikat pertama untuk menawarkan pengambilan gambar beresolusi tinggi yang sebelum ini hanya boleh diambil melalui beberapa kamera DSLR di pasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.