Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempah Galaxy Note10 dan Note10+ melalui pelan Digi PhoneFreedom 365 pada harga serendah RM 79 sebulan

Samsung Galaxy Note10 digi phonefreedom 365

Pra-tempah Galaxy Note10 dan Note10+ melalui pelan Digi PhoneFreedom 365 pada harga serendah RM 79 sebulan

Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ yang telah dibuka untuk tempahan sejak minggu lalu dan ianya juga boleh di pra-tempah melalui syarikat telekomunikasi.

Salah satu daripada syarikat telko tersebut adalah Digi yang menawarkan kedua-dua model Galaxy Note10 ini melalui pelan Digi PhoneFreedom 365 dengan bayaran bulanan serendah RM 79 sahaja.

Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+

Bagi yang ingin memiliki Galaxy Note10, sebanyak 4 pelan dengan bayaran semula peranti seperti berikut :

Digi Postpaid 80* + RM 139
Digi Postpaid 120 + RM 129
Digi Postpaid 160 + RM 99
Digi Postpaid 190 + RM 79

*dengan langganan tambahan GBoost.

Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+

Bagi Galaxy Note10+ pula, anda boleh memilih mana-mana dari tiga pelan yang ditawarkan seperti berikut :

Digi Postpaid 120 + RM 149
Digi Postpaid 160 + RM 119
Digi Postpaid 190 + RM 99

Pelan yang membuat pra-tempahan juga akan menerima hadiah percuma sama seperti jika anda membuat pra-tempahan dari Samsung.

Pembelian Samsung Galaxy Note10 dan Samsung Galaxy Note10+ ini juga hadir dengan kontrak 24-bulan.

Tempahan boleh dibuat sekarang sehingga 18 Ogos dan penghantaran  akan dibuat mulai 22 Ogos 2019.

Maklumat lanjut di : https://www.digi.com.my.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.