Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar pertama dengan sensor kamera 108MP

Xiaomi 108MP ultra-clear camera

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar pertama dengan sensor kamera 108MP

Realme akan melancarkan telefon pintar quad-kamera 64MP pada 8 Ogos ini manakala Redmi juga bakal memperkenalkan telefon pintar dengan sensor kamera 64MP yang tersendiri.

Dalam pada itu, Xiaomi pula sudah selangkah kehadapan dengan pengumuman bahawa mereka akan menjadi syarikat telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan sensor 108MP yang mampu mengambil gambar pada resolusi 12032 x 9024

Pengesahan ini telah diberikan sendiri oleh pihak Xiaomi dan sensor 108MP ini adalah Yang dikeluarkan oleh Samsung dan akan berada dibawah keluarga ISOCELL.

Samsung isocell 108mp sensor

Sensor Samsung ISOCELL 108MP ini dikatakan akan digunakan kepada Mi Mix 3 iaitu Mi Mix 4 yang mungkin dilancarkan didalam masa terdekat.

Berbalik kepada sensor 64MP yang akan digunakan pada telefon pintar Realme dan Redmi, ianya juga merupakan sensor yang dibekalkan oleh Samsung dan ianya adalah ISOCELL GW1.

Sensor ini adalah 34% lebih besar berbanding sensor 48MP Sony IMX586.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.