Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo menawarkan rebat serta merta RM 62 bagi warga emas sepanjang bulan ini

Oppo 62 Merdeka Offer

Oppo 62 Merdeka Offer

Oppo menawarkan rebat serta merta RM 62 bagi warga emas sepanjang bulan ini

Sempena bulan Kemerdekaan negara, Oppo Malaysia telah mengumumkan satu kempen khas yang menawarkan rebat sebanyak RM 62 bagi golongan emas yang berusia 62 tahun dan ke atas.

Promosi istimewa ini membolehkan golongan emas yang lahir sebelum Merdeka menikmati rebat serta merta bagi pembelian telefon pintar Oppo di mana-mana dari 150 stor konsep Oppo di seluruh Malaysia.

Promosi istimewa daripada Oppo ini akan berlangsung dari 1 Ogos sehingga 1 September 2019 namun ianya terhad bagi 6,200 pembelian pertama sahaja.

Pelanggan yang layak juga mesti mengemukakan kad pengenalan bagi tujuan pengesahan sebelum rebat ini diberi.

Walaupun hanya bagi warga emas, pemberian rebat seperti ini sudah pastinya menunjukkan penghargaan kepada mereka yang sedikit sebanyak telah berjuang ke arah kemerdekaan Negara kita.

Terma dan syarat : https://bit.ly/2Owwepe
Senarai 150 stor konsep Oppo : https://bit.ly/2YytkEa

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.