harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme bakal lancarkan telefon pintar quad kamera 64MP pada 8 Ogos ini

Realme 64Mp quad kamera

Realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar pertama didunia dengan sensor kamera 64MP akan dilancarkan oleh syarikat ini pada 8 Ogos 2019.

Telefon pintar pertama dengan sensor 64MP akan turut menjadi telefon pintar pertama Realme untuk hadir dengan teknologi quad-kamera (4 kamera)

Pelancaran telefon pintar terbaru Realme ini sudah pastinya akan membuat lebih ramai mula memberikan perhatian serius kepada syarikat muda yang berusia setahun sahaja.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Hal ini juga adalah kerana Realme juga telah diiktiraf sebagai jenama telefon pintar paling berkembang pesat No.1 Dunia.

Counterpoint Q2 smartphone

Menurut laporan penjualan telefon pintar bagi suku ke-2 dari Counterpoint, Realme kini telah menjadi salah satu daripada 10 pengeluar telefon pintar terbaik didunia.

Pencapaian ini lebih istimewa kerana Realme berjaya melakukan pencapaian ini didalam masa setahun selepas syarikat ini ditubuhkan.

Penyenaraian Realme sebagai salah satu daripada 10 pengeluar telefon pintar terbaik dunia adalah selepas Realme berjaya menjual. 4.7 juta unit telefon pintar iaitu peningkatan sebanyak 848% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Selain pengesahan pencapaian menakjubkan ini, Realme juga berjanji akan berpegang teguh kepada prinsip ‘Dare To Leap’ dengan penawaran produk yang lebih baik.

Dapatkan Realme C2 pada harga RM 349 di Shopee ‘Realme Day’ pada 5 Ogos ini

harimaubet