Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo S1 pada harga RM 36 sebulan melalui pelan Digi Phone Freedom 365

Vivo s1 digi freedom 365 malaysia

Vivo S1 yang dilancarkan di Malaysia beberapa minggu lalu kini ditawarkan secara eksklusif melalui pakej Digi Phone Freedom 365 dengan bayaran serendah RM 36 sebulan (bagi peranti).

Pelan ini hadir dengan pakej panggilan tanpa had kesemua rangkaian dan sehingga 20GB kuota internet pada harga RM 80 sebulan.

Vivo s1

Vivo S1 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Halo FullView berukuran 6.38-inci yang mana ianya adalah skrin dew-drop beresolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada badan 90%.

Vivo S1 juga telah disertakan dengan sensor capjari terbina pada skrin yang dikatakan mampu membuka peranti didalam masa 0.42 saaat dan terdapat juga sokongan mod skrin ‘Always On’.

 

Beralih kepada bahagian pemproses, Vivo S1 hadir dengan pemproses 8-teras MediaTek Helio P65 berkelajuan 2.0GHz, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Vivo s1 malaysia camera

Pada bahagian belakang, Vivo S1 hadir dengan tetapan tri-kamera Sony IMX499 16MP + sensor lensa lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah unit 32MP.

Vivo S1 juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan teknologi pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging (microUSB).

Bagi melayakkan anda memiliki Vivo S1 dengan pakej Digi Freedom 365, anda juga harus menambah pakej GBoost ke pelan Digi Postpaid 80 yang secara automatik menaik taraf pelan and ke pakej Digi Postpaid 90.

Dengan pakej Digi Postpaid 90, anda mampu menikmati 30GB kuota internet bulanan iaitu 15GB kuota harian dan 15GB kuota hujung minggu selain 100GB kuota YouTube.

Maklumat lanjut : Digi Phone Freedom 365

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.