Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A70 kini ditawarkan pada harga RM 1,799 sahaja

Samsung Galaxy A70 Malaysia new price

Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa harga penjualan Galaxy A70 kini telah diturunkan sebanyak RM 200.

Mulai hari ini, Samsung Galaxy A70 boleh menjadi milik anda dengan harga RM 1,799 sahaja.

Penurunan harga ini mungkin disebabkan pelancaran Galaxy A80 di Malaysia baru-baru.

Samsung Galaxy A30 dan A50 dengan skrin paparan AMOLED dan bateri 4,000mAh kini di Malaysia pada harga dari RM 799 sahaja

Samsung Galaxy A70 kini ditawarkan pada harga RM 1,799 sahaja 9

Samsung Galaxy A70 ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.7-inci (1080 x 2400) , pemproses octa-core, 8GB RAM dan 128GB memori dalaman yang turut hadir dengan slot microSD yang menyokong tambahan 512GB memori dalaman.

Bercakap mengenai kamera, Galaxy A70 akan hadir dengan tetapan tiga kamera yang sama seperti Galaxy A50 namun sensor yang digunakan adalah berbeza dimana A70 hadir dengan sensor utama 32MP f/1.7, lensa lebar ultra 8MP f/2.2 dan lensa kedalaman 5MP f/2.2.

Selain itu, Galaxy A70 juga hadir dengan kamera selfie 32MP yang memiliki aperture f/2.2.

Galaxy A70 juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin, Android 9.0 Pie (OneUI), bateri berkapasiti 4,500mAh dengan teknologi pengecasan Super Fast Charging dan tiga slot SIM.

Samsung Galaxy A70 yang ditawarkan dengan reka bentuk 3D Glasstic ini akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih.

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja

Samsung Galaxy A70 kini ditawarkan pada harga RM 1,799 sahaja 10Samsung Galaxy A70 kini ditawarkan pada harga RM 1,799 sahaja 11Samsung Galaxy A70 kini ditawarkan pada harga RM 1,799 sahaja 12

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.