harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Realme C2 pada harga RM 349 di Shopee ‘Realme Day’ pada 5 Ogos ini

Realme C2 Special Price Realme day shopee malaysia

Dapatkan Realme C2 pada harga RM 349 di Shopee ‘Realme Day’ pada 5 Ogos ini

Realme telah mengumumkan bahawa telefon pintar mampu milik kelas ‘entry-level’ mereka iaitu Realme C2 akan ditawarkan pada harga yang lebih murah iaitu hanya RM 349 berbanding harga asal RM 429.

Realme C2 Malaysia

Realme dengan kerjasama Shopee akan menawarkan Realme C2 pada harga istimewa ini sempena Realme Day yang turut jatuh pada bulan Kemerdekaan Negara kita yang tercinta ini.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Penjualan khas ini akan diadakan pada hari Isnin hadapan 5 Ogos 2019 dan bagi 50 pembeli pertama anda akan turut menerima botol minuma Realme dan kad microSD 32GB.

Harus juga kami ingatkan bahawa penjualan pada harga super istimewa ini adalah untuk tempoh 24 jam sahaja dan ianya hanya tertakluk bagi versi 2+16GB.

Realme C2 Malaysia Shopee

Mengimbas kembali Realme  C2 , ianya hadir dengan reka bentuk ala potongan berlian menjadikanya sebagai model dengan reka bentuk paling cantik pada tahap harga ini.

Realme C2 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.1-inci, pemproses Helio P22 berkelajuan 2.2GHz, konfigurasi RAM dan memori dalaman 2GB/16GB atau 3GB/32GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Realme C2 juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 13+2MP dengan mod chroma boost dan rakaman video gerak perlahan 80/480p kamera selfie 5MP, ColorOS 6 dengan Android Pie

Selain itu, Realme C2 juga hadir dengan AI Facial Unlock dan sokongan tiga SIM (2 nano + 1 microSD).

Realme roadshow kota baharu

Selain itu, Realme Malaysia akan turut mengadakan roadshow di AEON Mall Kota Baharu pada 6-12 Ogos 2019 (kecuali pada 11 Ogos) dengan pelbagai aktiviti dan promosi menarik.

Pengalaman buka kotak Realme C2 yang kini ditawarkan di Malaysia

harimaubet