Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A3 kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja

Mi A3 Malaysia

Xiaomi Mi A3 kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja

Mi Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Android One ke pasaran tempatan iaitu Mi A3 dengan harga penjualan dari RM 859.

Xiaomi Mi A3 merupakan telefon pintar generasi ketiga Android One daripada Xiaomi dan ianya adalah berasaskan model Mi CC9e yang dilancarkan di China sebelum ini.

Xiaomi melancarkan Mi CC9 dan Mi CC9e – telefon pintar premium dengan harga serendah RM 781

Mi A3 Malaysia

Terus kepada spesifikasi, Mi A3 hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.1-inci yang dilapisi Corning Gorilla Glass 5 namun ianya hanya menawarkan resolusi HD+ 720 x 1560.

Walaubagaimanapun, Xiaomi telah mengikut trend semasa dengan menawarkan teknologi sensor capjari terbina didalam skrin.

Mi A3 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 665, 4GB RAM dengan dua pilihan memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Mi a3 Camera

Bahagian kamera Mi A3 telah mendapat penambahbaikan yang besar dimana ianya memiliki satu sensor Sony 48MP f/1.7, sensor lensar lebar 118° 8MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah 32MP.

Mi A3 Camera

Selain itu, Mi A3 juga hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,030mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W melalui slot USB-C namun hanya plak 10W disertakan bersama pembelian.

Mi a3 malaysia

Mi A3 juga hadir dengan slot microSD, bicu audio 3.5mm dan sokongan dwi-SIM.

Harga penjualan Mi A3 di Malaysia adalah seperti berikut

Xiaomi Mi A3 4/64GB – RM 899

Xiaomi Mi A3 4/128GB – RM 999

Mi a3 silicone case malaysia

bekas silikon Mi A3 akan ditawarkan pada harga RM 49.

Mi A3

Penjualan akan bermula pada 3 Ogos 2019 di Lazada, Shopee dan stor Mi di seluruh Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.