harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Z6 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299 sahaja

Lenovo Z6 Pro Lazada Malaysia

Lenovo Z6 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299 sahaja

Selepas pengambilalihan Motorola oleh Lenovo, Lenovo telah memberhentikan penawaran telefon pintar mereka di Malaysia.

Walaubagaimanapun selepas beberapa tahun, Lenovo kini membuat penampilan semula dipasaran Malaysia dengan penawaran telefon pintar flagship terbaru syarikat ini iaitu Lenovo Z6 Pro.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Lenovo Z6 Pro Malaysia

Lenovo Z6 Pro kini ditawarkan secara rasmi pada harga penjualan RM 2,299 dan pembelian boleh dibuat secara atas talian di stor rasmi Motorola di Lazada.

Lenovo Z6 Pro Handson

Lenovo Z6 Pro hadir dengan skrin paparan waterdrop Super AMOLED berukuran 6.39-inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080), pemproses Snapdragon 855 , 8GB RAM, 128GB memori dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 27W.

Lenovo Z6 Pro Camera

Selain itu, Lenovo Z6 Pro juga memiliki tetapan 4 sensor kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP f/1.8, sensor telefoto 8MP f/2.4, sensor ultra-lebar 16MP, sensor 2MP (khas untuk rakaman video) dan sensor kamera ToF 3D. (95 mata DxOMark).

Kamera Lenovo Z6 Pro juga menyokong rakaman video ‘Hyper Video’ selain kamera selfie 32MP.

Lenovo Z6 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299 sahaja 1

Lenovo Z6 Pro juga hadir dengan teknologi penyejukan cecair, efek bunyi Dolby Atmos, reka bentuk 3D Gradient pada panel belakang, sensor capjari terbina pada skrin (generasi ke-6) dan slot microSD.

Lenovo Z6 Pro Malaysia

Lenovo Z6 Pro ini ditawarkan didalam satu pilihan warna iaitu merah sahaja dan harga penjualan adalah RM 2,299.

Beli Lenovo Z6 Pro di Lazada

harimaubet