Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 5i Pro kini rasmi dengan quad kamera, Kirin 810 dan harga dari RM 1,136 sahaja

Huawei Nova 5i Pro Reviu Malaysia

Sedang Huawei mengumumkan penawaran Huawei Y9 Prime 2019 di Malaysia, Huawei juga telah memperkenalkan Huawei Nova 5i Pro di pasaran China.

Huawei Nova 5i Pro ini juga dijangka akan memasuki pasaran antarabangsa sebagai Huawei Mate 30 Lite namun bagi kita di Malaysia, ianya dijangka hadir dengan gelaran yang sama seperti di China.

Huawei Nova 5i Pro Harga Malaysia

Huawei Nova 5i Pro hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.26-inci iaitu dengan resolusi FHD+ 2340 x 1080px dan tidak lupa juga reka bentuk skrin hole-punch yang menempatkan kamera selfie 32MP f/2.0.

Huawei Nova 5i Pro Kirin 810

Selain itu, Nova 5i Pro juga memiliki pemproses 7nm terbaru Huawei iaitu Kirin 810 yang turut digunakan pada Siri Honor 9X, Android 9.0 Pie dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 20W (50% dalam 30 minit).

Huawei Nova 5i Pro hadir didalam tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6/128GB, 8/128GB dan 8/256GB.

Huawei Nova 5i Pro Camera

Huawei Nova 5i Pro juga hadir dengan empt kamera dibelakang yang mana modul kameranya diletakkan dibahagian tengah seperti pada Mate 20 dan Mate 20 Pro.

Ianya adalah kombinasi kamera utama 48MP Sony IMX586 dengan aperture f/1.8, sensor lensa lebar 8MP, sensor Super Macro 8MP dan sensor kedalaman 2MP.

Huawei Nova 5i Pro hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan biru.

Huawei Nova 5i Pro Malaysia Price

Harga penjualan Nova 5i Pro di China adalah seperti berikut:

Huawei Nova 5i Pro 6/128GB ~ CNY 2,199 (RM 1,316)

Huawei Nova 5i Pro 8/128GB ~ CNY 2,499 (RM 1,496)

Huawei Nova 5i Pro 8/256GB ~ CNY 2,799 (RM 1,675)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.