Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X dijangka hadir dengan kamera selfie pop-up dan Kirin 810

Satu lukisan skematik telefon pintar Honor 9X telah dikeluarkan yang memberikan kita sedikit sebanyak reka bentuk telefon pintar Honor yang belum diumumkan ini.

Gambar rajah ini telah dikeluarkan oleh Evan Blass yang mendedahkan Honor 9X akan hadir dengan mekansimsa kamera selfie pop-up yang membolehkan skrin paparan telefon pintar ini tidak mempunyai sebarang takukan.

Pada bahagian belakang, Honor 9X akan memiliki tetapan dwi-kamera yang diposisikan pada bahagian kiri dan tidak seperti Honor 8X, telefon pintar ini tidak mempunyai sensor capjari dibelakang.

Ini mungkin bermaksud bahawa Honor 9X akan hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin.

Selain itu, Honor 9X juga telah disahkan akan hadir dengan pemproses Kirin 810 yang merupakan pemproses kedua Kirin untuk hadir dengan teknologi cip 7nm selepas Kirin 980.

Pelancaran rasmi Honor 9X ini dijangka akan berlangsung lewat bulan ini dan kebarangkalian untuk memasuki pasaran Malaysia adalah tinggi.

Ulasan HONOR 8X 

Sumber

https://mobilefokus.com/2019/05/24/ulasan-honor-20-telefon-pintar-dengan-teknologi-quad-kamera-terbaik-dipasaran-malaysia-harga/
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.