Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo iQOO Neo dilancarkan dengan pemproses Snapdragon 845 pada harga serendah RM 1,081

Vivo secara rasminya telah memperkenalkan vivo iQOO Neo, satu lagi varian telefon pintar gaming yang lebih murah dan mensasarkan kepada golongan muda.

Vivo iQOO Neo adalah model yang dimaksudkan dan ianya hadir dengan skrin paparan OLED FHD+ berukuran 6.38-inci dengan sensor capjari terbina dalam skrin.

Bercakap mengenai pemproses dalaman, ianya hadir dengan cip pemproses flagship Qualcomm bagi tahun 2018 iaitu Snapdragon 845 yang mampu menawarkan kuasa dan pretasi yang optimum.

Vivo iQOO Neo juga telah menggunakan ‘touch acceleration’ pada digitizer yang menghilangkan lag ketika menggunakan joystick didalam ekosistem permainan video.

Vivo iQOO Neo juga hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama 12MP, sensor lensa lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah 12MP.

Pemproses ini dipadankan dengan empat konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6/64GB,6/128GB, 8/64GB atau 8/128GB.

Seperti Vivo iQOO, iQOO Neo juga hadir dengan teknologi penyejukan dalaman yang membolehkan telefon pintar ini beroperasi 3 darjah celsius lebih rendah berbanding telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 845 lain dipasaran.

Vivo iQOO Neo juga memiliki teknologi peningkatan prestasi yang dikenali sebagai Multi-Turbo yang mana ianya terdiri daripada Turbo, Center Turbo, Net Turbo, Cooling Turbo dan banyak lagi.

Selain itu, iQOO Neo juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas FlashCharge 22.5W yang mampu mengecas ke tahap 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Vivo iQOO Neo akan ditawarkan didalam dua pilihan warma iaitu hitam atau ungu dengan harga penjualan seperti berikut :

  • Vivo iQOO Neo 6/64GB – CNY 1,798 – RM 1,081
  • Vivo iQOO Neo 6/128GB- CNY 1,998 – RM 1,200
  • Vivo iQOO Neo 8/64GB – CNY 2,098 – RM 1,260
  • Vivo iQOO Neo 8/128GB – CNY 2,298 – RM 1,381

Info selanjutnya sila melayari laman web official vivo.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.