Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei kini sudah boleh berurusan dengan syarikat AS seperti Google, Qualcomm dan Intel

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengumumkan bahawa Syarikat yang mempunyai hubungan perniaagaan dengan Huawei kini boleh menjual semula produk dan komponen mereka kepada syarikat China ini.

Pengumuman ini tiba selepas pertemuan di antara Trump dan Presiden China, Xi Jinping di sidang kemuncak G20 di Osaka, Jepun.

Huawei kini sudah boleh berurusan dengan syarikat AS seperti Google, Qualcomm dan Intel

Pengumuman terbaru ini membolehkan Huawei menyambung semula segala aktiviti perniagaan mereka dengan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat selepas dikenakan sekata pada 20 Mei 2019 sebelum diberi tempoh 90 hari beberapa hari kemudian.

Dengan pengumuman terbaru daripada Trump, Huawei kini dilihat boleh mengakses semula perkhimatan daripada Google seperti Android, komponen telefon pintar dan komputer riba daripada Qualcomm, Intel, Broadcom dan banyak lagi.

Walaupun telah membenarkan urusan perniagaan antara Huawei dan syarikat AS , Huawei masih disenarai didalam ‘entity list’ kerajaan Amerika Syarikat. 

1 thought on “Huawei kini sudah boleh berurusan dengan syarikat AS seperti Google, Qualcomm dan Intel

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.