Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei telah menjual 10 juta unit telefon pintar siri P30 dalam masa 85 hari, 100 juta unit telefon pintar Huawei telah dijual setakat ini

Selain itu, Huawei juga berbangga dengan pencapaian penjualan Siri Huawei P30 yang berjaya mencapai penjualan 10 juta unit didalam masa 85 hari selepas pelancaran rasmi.

Huawei Consumer Business Group telah mengesahkan secara rasmi bahawa penjualan telefon pintar Huawei setakat 30 Mei 2019 telah mencapai angka 100 juta unit jauh lebih awal berbanding tahun lalu.

Pencapaian angka penjualan 10 juta unit bagi siri P30 ini adalah 62 hari lebih awal berbanding masa yang diambil oleh siri P20 untuk mencapai angka penjualan yang sama.

Walaupun menghadapi pelbagai sekatan daripada Amerika Syarikat selepas disenarai hitam, Huawei masih menunjukkan pertumbuhan positif namun ianya mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi syarikat pengeluar telefon pintar No.1 dunia buat seketika.

https://mobilefokus.com/2019/06/28/huawei-keluarkan-senarai-penuh-model-yang-menerima-kemaskini-emui-9-1-malaysia/

 

1 thought on “Huawei telah menjual 10 juta unit telefon pintar siri P30 dalam masa 85 hari, 100 juta unit telefon pintar Huawei telah dijual setakat ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.