Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm, Intel dan Broadcom turut memutuskan hubungan perniagaan dengan Huawei

Selain Google dan Android, beberapa lagi pembekal komponen dari Amerika Syarikat juga telah bertindak menggantung perhubungan perniagaan dengan Huawei.

Laporan terbaru Bloomberg menyebut bahawa Intel, Qualcomm dan Broadcom yang merupakan tiga pereka dan pembekal cip terkemuka didunia telah menggantung sebarang kerjasama dengan Huawei berkuat kuasa serta merta.

Menurut sumber Bloomberg, pekerja di kesemua syarikat pengeluar cip pemprosesan terkemuka telah dimaklumkan mengenai pembekuan kerjasama dengan Huawei sehingga notis lanjut.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Intel merupakan pembekal cip server dan cip pemprosesan bagi komputer riba syarikat ini manakala pengaruh Qualcomm tidak terlalu besar dengan hanya membekalkan modem dan pemproses bagi beberapa model sahaja.

Usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan terhadap Huawei telah berterusan lama dan syarikat juga telah dinafikan kebenaran untuk memasuki pasaran telefon pintar Amerika Syarikat pada tahun lalu.

Situasi ini adalah disebabkan hubungan perdagangan yang tegang antara Trump dan Kerajaan China dengan pihak Trump cuba memaksa China kembali ke meja rundingan perdagangan dua hala negara gergasi ini.

sumber

Huawei dilaporkan telah kehilangan akses kesemua perkhidmatan Google termasuk Play Store

Comments

comments