Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee umumkan program pulangan tunai apabila perkhidmatan Google tidak berfungsi pada peranti Huawei

Shopee umumkan program pulangan tunai apabila perkhidmatan Google tidak berfungsi pada peranti Huawei 1

Shopee dengan kerjasama syarikat pengeluar dan pengedar telefon pintar Huawei di Malaysia telah mengumumkan inisiatif menarik yang membolehkan anda menerima semula pulangan wang tunai sekiranya perkhimatan Google tidak berfungsi pada telefon pintar anda.

Program perlindungan Aplikasi daripada syarikat yang terlibat membolehkan anda yang membeli telefon pintar Huawei di Shopee menerima pulangan semula 100% wang apabila aplikasi seperti Google Play Store, Gmail, Google Map, Google Gallery, Chrome, YouTube, Facebook, Instagram, dan WhatsApp gagal berfungsi seperti sepatutnya didalam tempoh waranti.

Program ini akan mula ditawarkan bagi pembelian telefon pintar Huawei dari senarai dibawah mulai 1 Julai sehingga 30 September 2019.

1. Huawei Official Shop – https://shopee.com.my/huawei.os

2. Huawei Concept Store – https://shopee.com.my/huawei.conceptstore

3. DirectD Official Store – https://shopee.com.my/directd.official

4. Senheng Official Store – https://shopee.com.my/senheng.my

5. Courts Flagship Store – https://shopee.com.my/courts.os

6. Satu Gadget Official Store – https://shopee.com.my/satugadgetofficialstore

Berikut adalah senarai telefon pintar dan tablet Huawei yang akan menerima perlindungan ini dengan pembelian melalui Shopee :

Telefon pintar : P20, P20 Pro, P30, P30 Pro, Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20X, Nova 3, Nova 3i, Nova 4, Nova4E, Y Max, Y5 2019, Y5 Prime 2018, Y6 2018, Y7 Pro 2019, Y9 2019, Y9 Prime 2019

Tablet : Mediapad M5 Pro, M5, M5 Lite 10, M5 Lite 8, T3 7, T5 10

Gunakan kod : JULMOBILE30 untuk menerima rebat RM 30 dengan pembelian RM 1,000 ke atas di bahagian kategori ‘mobile and gadgets’.

Sedikit pelik adalah, pengumuman ini tiba selepas Presiden Trump mengumumkan bahawa syarikat AS boleh berurusan semula dengan Huawei .

1 thought on “Shopee umumkan program pulangan tunai apabila perkhidmatan Google tidak berfungsi pada peranti Huawei

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.