Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia sahkan kemaskini EMUI 9.1 dan MagicUI 2.1 bagi 10 model

Selain Huawei yang telah mengumumkan senarai penuh telefon pintar yang akan dinaiktaraf kepada EMUI 9.1, Honor turut telah mengeluarkan senarai model telefon pintar Honor yang menerima EMUI 9.1 dan MagicUI 2.1

Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa pemilik telefon pintar Honor 7X, Honor View 10, Honor 8X, Honor 10 Lite, Honor 20 Lite, Honor Play, Honor 10, Honor 8 Pro dan Honor 9 Lite akan menerima kemaskini EMUI 9.1 mulai bulan Ogos 2019.

Kemaskini EMUI 9.1 ini membawakan beberapa ciri menarik antaranya adalah GPU Turbo 3.0, Huawei Share OneHop, EROFS (Extendable Read-Only file system) yang menambahbaik prestasi untuk membaca dan merekod data pada memori sebanyak 20% berbanding sistem fail EXT4.

Selain itu, Honor juga telah mengumumkan bahawa kemaskini MagicUI 2.1 bagi Honor View20 kini sudah mula ditawarkan kepada pengguna.

Penawaran kemaskini EMUI 9.1 dan MagicU1 2.1 membuktikan komitmen Huawei dan Honor untuk menawarkan OS yang terkini kepada pengguna walaupun menghadapi pelbagai sekatan dari kerajaan Amerika Syarikat.

Huawei keluarkan senarai penuh model yang menerima kemaskini EMUI 9.1

ULASAN : Honor 20 – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran

Asus ROG lancarkan komputer riba gaming Mothership pada harga RM 26,999 dan beberapa lagi model pada harga yang lebih berpatutan

Vivo umumkan telefon pintar iQOO 5G dengan pengecasan pantas 120W dan gelas Vivo AR

Info selanjutnya sila melayari Facebook HONOR Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.