Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gamers e-sukan boleh mendapatkan Vivo Y17 secara percuma melalui pelan Celcom Platinum dan Platinum Plus

Celcom kini telah mengumumkan bahawa Vivo Y17 boleh didapati secara percuma dengan langganan pelan Celcom Platinum atau Celcom Platinum Plus.

Pelan ini menawarkan 60GB atau 100GB kuota internet bulanan dengan bayaran RM 148 dan RM 188 sebulan yang sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan e-sukan.

Kelebihan Vivo Y17 ini adalah ianya hadir dengan mod ‘Ultra Game Mode’ yang direka khas untuk menawarkan pengalaman ‘gaming’ yang terbaik.

Anda boleh beraksi seperti seorang pro melalui mod Competition yang memfokuskan sepenuh pretasi peranti kepada permainan video tersebut. Selain itu, mod Dual-Turbo menawarkan pengalaman gaming yang sangat lancar dengan mengurangkan kadar ketirisan bingkai atau frame rate.

Bercakap mengenai Vivo Y17, ianya merupakan telefon pintar pertama Vivo didalam siri Y untuk hadir dengan teknologi tri-kamera AI dan tidak lupa juga bateri berkapasiti 5,000mAh.

Vivo Y17 ini juga hadir dengan skrin paparan Halo FullView FHD+ berukuran 6.35-inci yang mempunyai nisbah skrin kepada badan 89%, pemproses MediaTek MT6765, 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Vivo Y17 juga hadir dengan tetapan kamera utama 13MP+ sensor lensa lebar 8MP+ sensor depth 2MP dan kamera selfie 20MP.

Vivo Y17 ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru dan merah.

Vivo Y17 akan mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 999 sahaja

Info selanjutnya sila melayari www.Celcom.com.my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.