Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG lancarkan komputer riba gaming Mothership pada harga RM 26,999 dan beberapa lagi model pada harga yang lebih berpatutan

Asus ROG secara rasminya telah mengumumkan beberapa komputer riba dan komputer kelas ‘desktop’ gaming yang akan mengukuhkan lagi kedudukan ROG sebagai jenama komputer riba No.1 di Malaysia.

Asus ROG kini mempunyai 33% pengangan pasaran komputer riba gaming di Malaysia.

Selain dari itu, Asus ROG juga mempunyai kedudukan No.1 didalam kategori komputer riba pengguna dengan 26%, 70% pegangan didalam kategori komputer riba RTX dan juga 66% pengangan pasaran didalam kategori komputer riba gaming ‘thin & light’.

Pada majlis pelancaran ROG Be Unstoppable sebentar tadi Asus telah memperkenalkan Asus ROG Mothership GZ700GX, Zeyphrus S, Strix G Huracan G21 dan penawaran warna Glacier Blue.

Asus ROG Mothership adalah model tumpuan pada pelancaran sebentar tadi dan ianya dilihat sebagai masa depan pengganti komputer ‘desktop’ dengan harga penjualan luar biasa RM 26,999.

Berikut adalah spesifikasi utama Asus ROG Mothership :

  • CPU : Intel Core i9-9980HK
  • Memori : 16GB DDR4 2666Mhz*4
  • Skrin : 17.3″ FHD//IPS Panel//144hz//3ms//Anti-glare//Gsync
  • GPU : NVIDIA GeForce RTX2080
  • VRAM : GDDR6 8GB
  • OS : Windows 10 Home
  • Bateri : 76WHrs, 3S2P, 6-sel Li-ion
  • Penjualan : Pertengahan Julai
  • Harga : RM 26,999

Beralih kepada Asus ROG Zeyphrus S, ianya hadir dengan harga penjualan RM 8,699 dengan penjualan akan bermula pada penghujung bulan Ogos.

Berikut adalah spesifikasi utama ROG Zeyphrus S :

  • CPU : Intel Core i7-9750H
  • Memori : 16GB DDR4 2666Mhz*1 (On Board)
  • Skrin : 15.6″ FHD//IPS Panel//240hz//3ms//Anti-glare//Gsync
  • GPU : NVIDIA GeForce RTX2070
  • VRAM : GDDR6 8GB
  • OS : Windows 10 Home
  • Bateri : 76WHrs, 4S1P, 4-sel Li-ion
  • Warna : hitam – RM 8,689, Glacier Blue – RM 8,899

Beralih kepada Asus ROG Strix G G531 yang merupakan komputer riba gaming paling berpatutan pada pelancaran kali ini iaitu pada harga dari RM 3,899 sahaja

  • CPU : Intel Core i5-9300H
  • Memori : 4GB DDR4 2666Mhz*1
  • Skrin : 15.6″ FHD//IPS Panel//120hz//25ms//Anti-glare
  • GPU : NVIDIA GeForce GTX1650
  • VRAM : GDDR5 4GB
  • OS : Windows 10 Home
  • Bateri : 66WHrs, 4S1P, 4-sel Li-ion
  • Warna :  Glacier Blue – RM 3,899
  • Penjualan : penghujung Ogos 2019

Selain itu, Asus ROG juga mengumumkan komputer desktop ROG Huracan G21 dengan harga penjualan dari RM 6,299 sehingga RM 11,999, Asus ROG Strix GL21 dengan harga penjualan dari RM 7,999 sehingga RM 11,499 dan Asus ROG Strix GL10 yang hadir dengan harga penjualan RM 2,499 sehingga RM 5,399 (kesemua produk ini akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Julai – Ogos 2019).

info selanjutnya sila melayari asus rog Malaysia website

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.