Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 habis dijual didalam masa 3 jam sahaja

Honor 20 habis dijual didalam masa 3 jam sahaja 1

Telefon pintar terbaru Honor iaitu Honor 20 yang mendapat sambutan menggalakan di pasaran China telah mula ditawarkan di Malaysia mulai 21 Jun lalu.

Trend ini nampaknya turut diikuti di pasaran Malaysia dan kesemua stok bagi Honor 20 di stor rasmi atas talian hihonor telah habis terjual didalam masa tiga jam selepas penjualan dibuka pada hari Jumaat yang lalu.

Honor Malaysia tidak mendedahkan jumlah unit Honor 20 yang berjaya dijual namun jumlah dijual mungkin mencecah jutaan ringgit.

Sebagai rekod, Honor telah berjaya menjual sekitar 1 juta unit Honor 20 didalam masa 14 hari sahaja di pasaran China.

Honor 20 habis dijual didalam masa 3 jam sahaja 2

Honor 20 ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 1,699 dan kini setiap pembelian Honor 20 akan menerima satu unit beg galas Honor dan Honor FlyPods Lite secara percuma.

Anda masih boleh mendapatkan Honor 20 melalui stor rasmi HONOR di Shopee dan stor HONOR Experience Stores (HES) di seluruh negara (sementara stok masih ada).

HONOR 20 dilancarkan di Malaysia, Ini 4 Cara Memaksimumkan Potensi Kamera Honor 20

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.