Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko View 3 dan View 3 Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga serendah RM 449 sahaja

Wiko View 3 dan View 3 Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga serendah RM 449 sahaja

Pengeluar telefon pintar Perancis yang semakin mendapat tempat dikalangan pengguna di Malaysia iaitu Wiko kini telah menawarkan Wiko 3 dan Wiko 3 Lite ke pasaran tempatan dengan harga penjualan dari RM 449 sahaja.

Wiko View 3 dan View 3 Lite telah diperkenalkan secara rasmi di MWC 2019 pada bulan Mac yang lalu.

Bercakap mengenai Wiko View3, ianya hadir dengan skrin paparan 6.26-inci dengan resolusi HD+,  pemproses Helio P20, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Wiko View3 juga memiliki tetapan tiga kamera dibahagian belakang iaitu kombinasi 13MP+ 12MP sensor lensa lebar dan 2MP sensor kedalaman. Kamera selfie Wiko View3 adalah 8MP.

Wiko View3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh, Android Pie dan sokongan kad microSD sehingga 256GB

Wiko View3 hadir didalam tiga pilihan warna iaitu biru, emas dan hijau pada harga penjualan RM 599 sahaja.

Bercakap mengenai Wiko View3 Lite pula, ianya hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.09-inci, pemproses Unisoc octa-core berkelajuan 1.6GHz, 2GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Wiko View3 Lite hadir dengan tetapan dwi-kamera 13MP + 2MP dibahagian belakang manakala kamera selfie adalah 5MP.

Seperti Wiko View3, View3 Lite juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh, Android Pie dan slot kad microSD (maksima 128GB).

Wiko View 3 Lite juga hadir didalam tiga pilihan warna seperti Wiko View3 pada harga penjualan RM 449.

Pembelian boleh dibuat di stor rasmi Wiko Malaysia di Lazada > https://www.lazada.com.my/shop/wiko-official-store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.