Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan sensor kamera 64MP pertama didunia

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan sensor kamera 64MP pertama didunia 1

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan sensor kamera 64MP pertama didunia.

Syarikat telefon pintar Realme nampaknya masih belum berpuas hati dengan penawaran produk mereka di pasaran.

Terbaru, Realme kini sudah mula membangunkan satu telefon pintar yang diberi jolokan “premium killer” dan ianya akan dilancarkan ke pasaran India tidak lama lagi.

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan sensor kamera 64MP pertama didunia 2

Telefon pintar Realme ini akan menggunakan sensor 64MP GW yang dikeluarkan oleh Samsung dan ianya akan menjadi sensor kamera terbesar pernah digunakan pada telefon pintar.

Sensor ini adalah berukuran 1/1.72 dengn setiap piksel mempunyai saiz 1.6µm. Ini adalah sensor Tetracell yang bermaksud saiz gambar biasa adalah 16MP dan tidak setakat sensor 64MP ini, ianya juga akan memiliki 4 sensor kamera dibelakang.

Ketua Pegawai Eksekutif Realme India, Madhav Sheth telah memuaturun contoh gambar yang diambil melalui telefon pintar misteri ini dan ianya tidak kurang menggagumkan.

Walaupun tidak memberikan tarikh pelancaran telefon pintar ini, Madhav Sheth mengesahkan bahawa pasaran India akan menjadi pasaran pertama untuk menerima telefon pintar premium Realme ini.

Nikmati diskaun sehingga RM 300 dengan pembelian telefon pintar Realme di Lazada pada 26 Jun ini

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja

Pengalaman buka kotak Realme C2 yang kini ditawarkan di Malaysia

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.