Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nikmati diskaun sehingga RM 300 dengan pembelian telefon pintar Realme di Lazada pada 26 Jun ini

Baru sahaja tamat penjualan Men’s Day di Shopee, Realme kini telah mengumumkan satu lagi penjualan khas dan kali ini di platform Lazada pula.

Sempena penjualan Super Retailer Day Realme di Lazada pada 26 Jun ini, syarikat telefon pintar terbaru di Malaysia ini telah mengumumkan beberapa tawaran menarik yang tidak patut anda lepaskan dengan diskaun sehingga RM 300.

Berikut adalah harga telefon pintar Realme sempena Super Retailer Day di Lazada pada 26 Jun ini :

Model

Harga Tawaran

Harga Asal

Realme C1 (2+16GB)

RM 349

RM 449

Realme C1 (2+32GB)

RM 429

RM 499

Realme 3 (3+32GB)

RM 579 (*percuma JBL Speaker)

RM 599

Realme 3 (4+64GB)

RM 699

RM 699

Realme 2 Pro (4+64GB)

RM 549

RM 799

Realme 2 Pro (8+128GB)

RM 699

RM 999

Realme 3 Pro (4+64GB)

RM 899

RM 899

Realme 3 Pro (6+128GB)

RM 1099

RM 1099

Realme C2 (2+16GB)

RM 429 (*percuma kad microSD 32GB )

RM 429

Realme C2 (3+32GB)

RM 499 (*Percuma kad microSD 32GB)

RM 499

Selain itu, bagi anda yang melakukan pembelian didalam 3 minit pertama ( tepat jam 12 tengah malam pada 26 Jun) akan menerima bauchar Lazada bernilai RM 100.

Selain itu, setiap pembelian Realme 3 versi (3+32GB) pada 26 Jun akan turut menerima bauchar RM 100 namun terhad kepada 50 unit sahaja.

Selain itu, Realme juga telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan menjadi penaja utama Toys, Anime, Games, Comic Con (TAGCC) yang akan berlangsung di PWTC pada 22 dan 23 Jun ini.

Realme akan membuka satu ruang jualan khas selain pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan PUBG dan telefon pintar untuk dimenangi.

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.