Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Malaysia keluarkan kenyataan rasmi mengenai penggantungan lesen Android

Huawei Malaysia keluarkan kenyataan rasmi mengenai penggantungan lesen Android 1

Selepas dihentam dengan penggantungan lesen daripada Google bagi menggunakan sistem operasi Android awal pagi tadi, Huawei kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi memgenai isu ini.

Berikut adalah kenyataan rasmi Huawei :

Sebagai salah satu rakan kongsi utama Android, Huawei seringkali memberi sumbangan yang konsisten terhadap perkembangan dan pertumbuhan Android, di samping bekerjasama rapat dengan mereka untuk membina dan membangunkan ekosistem yang memberi manfaat kepada industri dan pengguna telefon pintar.

 Huawei akan pastikan ciri-ciri keselamatan dalam setiap telefon pintar sedia ada Huawei dan HONOR akan terus dikemaskini seadanya.

 Kami komited untuk terus membina ekosistem perisian yang selamat dan ampuh untuk memberikan pengalaman telefon pintar terbaik kepada semua pengguna di seluruh dunia.

Daripada kenyataan rasmi ini, Huawei menjanjikan bahawa kemaskini keselamatan bagi setiap telefon pintar Huawei dan Honor akan terus ditawarkan.

Selain itu, Huawei juga dilihat memberikan kita petunjuk bahawa syarikat itu sedang membangunkan satu sistem operasi sendiri yang selamat dan tidak akan mempunyai ancaman seperti yang berlaku sekarang.

Qualcomm, Intel dan Broadcom turut memutuskan hubungan perniagaan dengan Huawei

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.