Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Mei ini

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo Reno akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Mei ini.

Walaubagaimanapun, masih terdapat tanya tanya sama ada Oppo Reno edisi 10x Zoom akan turut dilancarkan ataupun tidak.

Bercakap mengenai Oppo Reno ini, ianya adalah versi biasa Oppo Reno yang tidak memiliki teknologi kamera periskop namun kekurangan ini ditebus dengan penawaran sensor dwi-kamera 48MP + 5MP yang turut memiliki mod penggambaran malam Ultra Night 2.0.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Selain itu, Oppo Reno ini akan turut memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci dengan nisbah skrin kepada badan 90.1%, pemproses Snapdragon 710, kapasiti RAM sehingga 8GB selain memori simpanan dalaman sehingga 256GB.

Oppo Reno ini juga hadir dengan kamera selfie 16MP dengan mekanisma selfie meluncur ‘shark-fin’ yang unik dan bateri berkapasiti 3,765mAh dengan sokongan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0

Pada majlis ini, Oppo dijangka akan mengumumkan harga dan tarikh penjualan Oppo Reno di Malaysia dan kita mungkin akan turut mengetahui status penawaran Oppo Reno 10x zoom di Malaysia.

Oppo Reno disahkan akan hadir dengan teknologi zoom 60x

 

Comments

comments