Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno disahkan akan hadir dengan teknologi zoom 60x

Oppo sebelum ini telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar Oppo Reno akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Walaupun tidak memberikan maklumat yang lengkap, salah satu daripada model telefon pintar didalam siri Reno iaitu Reno 10x zoom dijangka akan memasuki pasaran Malaysia.

Oppo Reno edisi 10x zoom ini adalah model flagship didalam siri ini dan ianya hadir dengan solusi zoom periskop yang sama seperti pada Huawei P30 Pro.

Lebih menarik adalah, Oppo Reno edisi 10x zoom ini dilihat akan turut menawarkan kebolehan zoom hibrid maksima pada tahap 60x dan video ini telah dimuat naik di akaun Weibo Oppo Reno.

Sebagai pertandingan Huawei P30 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia hadir dengan 50x zoom hibrid dan itu sudah cukup menggagumkan.

Selain teknologi zoom kelas flagship, Oppo Reno edisi 10x zoom ini juga hadir dengan spesifikasi yang baik seperti pemproses Snapdragon 855, pengecasan pantas Oppo VOOC dan banyak lagi.

Sebagai pencabar kepada Huawei P30 Pro, Harga penjualan Oppo Reno edisi 10x Zoom ini dijangka akan menjadi penentu kepada kejayaan peranti tersebut.

Tonton video zoom 60x ini di pautan dibawah

https://m.weibo.cn/detail/4369019014395591

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.