Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 8810 ‘Banana’ kini menyokong aplikasi WhatsApp

Nokia 8810 ‘Banana’ kini menyokong aplikasi WhatsApp 1

Nokia 8810 ‘Banana’ yang ditawarkan di Malaysia sejak bulan Julai tahun lalu kini telah menerima sokongan aplikasi permesejan popular WhatsApp.

Nokia Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar dengan reka bentuk klasik ini kini menawarkan sokongan WhatsApp yang sudah pastinya memudahkan lagi  komunikasi melalui internet.

Aplikasi WhatsApp bagi Nokia 8810 ini boleh dimuat turun di stor.

Bagi anda yang berminat untuk membeli Nokia 8810 ini, pembelian boleh dibuat melalui wakil penjual sah Nokia di seluruh negara atau di stor atas talian rasmi Nokia di Lazada pada harga RM 299 sahaja.

Nokia 8810 4G ini adalah antara model yang mencuri tumpuan ketika pelancaranya di Mobile World Congress awal tahun lalu.

Nokia 8810 Banana ini hadir dengan skrin paparan QGVA berukuran 2.4-inci, pemproses Snapdragon 205, 512MB RAM, 4GB memori dalaman, bateri berkapasiti 1,500mAh dan kamera utama 2MP.

Selain itu, Nokia 8810 ini juga hadir dengan sokongan WiFi, sistem operasi Smart Feature, slot microSD dan VoLTE.

Nokia 8810 4G ini ditawarkan didalam satu warna iaitu kuning sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.