Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 Pro versi 6GB/128GB kini hadir didalam warna kelabu gradiasi

 

Oppo Malaysia sebelum ini telah  mengumumkan penawaran Oppo F11 Pro versi 6GB RAM/1288GN  di pasaran tempatan mulai 1 Mei yang lalu.

Sebelum ini, Oppo F11 Pro ini hanya ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan hijau namun kini Oppo Malaysia telah mengumumkan penawaran satu warna yang baru.

Mulai 7 Mei 2019, Oppo F11 Pro versi 6GB/128GB ini akan turut hadir didalam warna kelabu gradiasi yang dikenali sebagai warna ‘waterfall gray’.

Kapasiti 128GB memori dalaman adalah sama seperti Oppo F11 Pro edisi Marvel’s Avengers yang kini dibuka untuk tempahan dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja.

Selain itu, Oppo F11 Pro versi 6GB+64GB masih ditawarkan iaitu pada harga penjualan yang sama namun anda akan menerima tambahan satu tahun waranti dan satu tahun waranti skrin secara percuma.

Pembelian Oppo F11 Pro versi 6GB RAM/128GB didalam warna baru ini boleh dibuat melalui semua saluran pembelian yang sah mulai hari ini (7 Mei 2019).

Beli Oppo F1 Pro warna kelabu di SiNi

Spesifikasi Oppo F11 Pro adalah seperti berikut

  • skrin paparan ‘panoramic’ IPS LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan nisbah skrin kepada badan 90.9%
  • pemproses MediaTek Helio P70.
  • bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0
  • kamera utama 48MP dengan aperture f/1.79 selain kamera ‘pengesan kedalaman’ 5MP dengan f/2.4 .
  • kamera selfie 16MP f/2.0 yang hadir dengan mekanisma pop-up.
  • ColorOS 6 dengan Android Pie
  • Slot microSD

Oppo F11 Pro edisi terhad Marvel’s Avengers dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399

Telefon Xiaomi Redmi dengan kamera selfie pop-up bakal dilancarkan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.