Realme X akan dilancarkan secara rasmi 15 Mei ini
![Realme X akan dilancarkan secara rasmi 15 Mei ini 1 Realme X akan dilancarkan secara rasmi 15 Mei ini 1](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2019/05/9E8F8CD9-1789-48E7-B7D8-8D2D5590D9CC.jpeg)
Anak syarikat Oppo iaitu Realme nampaknya akan memasuki pasaran China dengan pelancaran telefon pintar Realme X pada 15 Mei 2019.
Pengesahan ini telah diberikan sendiri oleh Realme melalui akaun Weibo rasmi mereka.
Selain Realme X, syarikat ini dijangka akan turut memperkenalkan Realme X Lite yang akan hadir dengan harga penjualan yang lebih murah.
Realme X nampaknya akan hadir dengan reka bentuk seperti Oppo F11 Pro dengan kamera selfie terangkat.
Selain daripada itu,maklumat spesifikasi dalaman telefon pintar terbaru Realme ini masih belum diketahui.
Pelancaran rasmi Realme X ini akan berlangsung pada 15 Mei 2019 iaitu sehari selepas pelancaran Realme 3 Pro di Malaysia (14 Mei 2019).
ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599