b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 Pro edisi terhad Marvel’s Avengers dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399

 

Tarikh 24 April adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh peminat Marvels di Malaysia kerana tayangan cerita Avengers : End Game akan mula ditayangan hari ini.

Pada tarikh yang sama Oppo juga telah mencuri tumpuan dengan pelancaran telefon pintar terbaru syarikat ini iaitu Oppo F11 Pro yang hadir didalam satu edisi khas Marvel’s Avengers.

Bercakap memgenai reka bentuk Oppo F11 Pro edisi Marvel’s Avengers ini, ianya hadir dengan panel belakang gradiasi berwarna biru ‘space blue’ dengan corak heksagom dam ukiran logo ikonik Avengers didalam warna merah.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Bersama-sama kotak Oppo F11 Pro edisi Marvels Avengers ini, terdapat sijil koleksi Avengers, bekas berwarna biru dengan logo Captain America dibelakang dan satu lagi logo Avengers di bahagian atas kamera.

Oppo F11 Pro juga disertakan dengan plak pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang dihadirkan didalam warna putih.

Selain itu, Oppo F11 Pro edisi Marvel’s Avengers ini juga memiliki antaramuka khas yang bertemakan Avengers.

Bercakap mengenai spesifikasi Oppo F11 Pro edisi Avengers ini, ianya hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Oppo F11 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299.

Bercakap mengenai harga penjualan Oppo F11 edisi Marvel’s Avengers ini, ianya akan ditawarkan pada harga RM 1,399 sahaja dan tempahan akan dibuka mulai hari ini sehingga 3 Mei 2019.

Tempahan boleh dibuat di semua stor konsep Oppo, secara atas talian di Lazada, Shopee dan Celcom Online.

Pra tempah secara online : http://bit.ly/2Xa2ii7
Lokasi stor : https://www.oppo.com/my/shops/

Selain Malaysia, Oppo F11 edisi Avengers ini akan turut dijual di pasaran Kemboja, Filipina, Vietnam, Pakistan, Myanmar, Sri Lanka, Nepal, Mesir, Kenya, Nigeria, Morocco dan India.

Comments

comments