Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V15 warna merah jambu akan dilancarkan tidak lama lagi

Vivo V15 warna merah jambu akan dilancarkan tidak lama lagi 1

Selepas pelancaran Vivo V15 Pro, Vivo juga telah membawa masuk Vivo V15 ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 (kini hanya RM 1,299).

Ketika pelancaran, Vivo V15 hanya ditawarkan didalam dua warna iaitu biru ‘topaz blue’ dan merah ‘glamour red’.

Walaubagaimanapun, Vivo Malaysia nampaknya bakal menawarkan Vivo V15 didalam warna merah jambu dan ianya dilihat akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Vivo V15 warna merah jambu akan dilancarkan tidak lama lagi 2

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, Vivo V15 hadir dengan saiz skrin paparan yang sama seperti V15 Pro iaitu FHD+ 6.53-inci namun hanya panel LCD, pemproses MediaTek Helio P70, 6GB RAM, 128GB storan dalaman, kamera selfie pop-up 32MP, tetapan tiga sensor kamera belakang iaitu 12MP+8MP+5MP dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 5V/2A.

Sebagai perbandingan Vivo V15 Pro hadir dengan harga penjualan RM 1,799 (kini hanya RM 1,699).

Beli Vivo V15 melalui Lazada di bawah (warna merah jambu belum ditawarkan) :

https://s.lazada.com.my/s.oEiT

Harga bagi Vivo V15 didalam warna merah jambu di Malaysia masih belum diumumkan lagi buat masa ini.

Vivo V15 Pro versi 8GB RAM kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.