Xiaomi Redmi Go akan mula ditawarkan di Malaysia pada 13 April ini dengan harga penjualan RM 299 sahaja
Susulan pelancaran Xiaomi Redmi Note 7 dan telefon pintar flagship Xiaomi Mi 9 minggu lalu, Xiaomi hari ini mengumumkan penawaran telefon pintar yang hadir dengan OS Android Go iaitu Redmi Go.
Redmi Go adalah telefon pintar yang menawarkan eko sistem Android sepenuhnya pada harga paling murah dipasaran.
Redmi Go akan hadir dengan skrin paparan 16:9 HD+ berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 425, 1GB RAM, 8GB memori dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.
Selain itu, pada bahagian kamera pula, Redmi Go akan memiliki tetapan kamera utama 8MP manakala kamera selfie adalah 5MP.
Redmi Go ini akan turut hadir dengan sokongan kad microSD sehingga 128GB, sistem operasi Android 8.1 Oreo edisi Go, sokongan dwi-SIM, dan Bluetooth 4.1.
Redmi Go akan mula ditawarkan di Lazada Malaysia dari 13 April 2019 dengan harga penjualan RM 299 sahaja dan ianya akan hadir didalam satu pilihan warna sahaja.
Anda boleh membeli Xiaomi Redmi Go di stor rasmi Mi Malaysia di Lazada.
Xiaomi Redmi Note 7 akan hadir dengan waranti LazadaCare Plus secara percuma
Asus ZenFone 6 dengan reka bentuk slider akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei 2019
Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja