Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 6 dengan reka bentuk slider akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei 2019

Selepas pelancaran Asus ZenFone Max Pro M2 beberapa bulan lalu, Asus dilihat telah menyepi buat sementara waktu.

Walaubagaimanapun, Asus kini kembali menjadi sebutan apabila terdapat beberapa gambar yang mendedahkan reka bentuk Asus ZenFone 6 mula dikeluarkan oleh tipster terkemuka seperti Evan Blass.

Evan Blass mengatakan reka bentuk konsep Asus ZenFone 6 ini telah direka oleh salah seorang pereka yang bertanggungjawab melakukan reka bentuk ZenFone 5.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Bercakap mengenai reka bentuk yang diperkatakan ini, Asus ZenFone 6 hadir dengan reka bentuk luncur dibahagian atas dan bawah yang mana ianya sama seperti pada Mi Mix 3.

Pada slider tersebut, Asus telah menempatkan pembesar suara stereo Harmon Karmon dan dua sensor kamera selfie.

Reka bentuk ini juga membolehkan Asus menawarkan skrin paparan tanpa takukan dan Evan Blass juga mendakwa ianya akan menjadi telefon pintar pertama Asus untuk hadir dengan sokongan 5G.

Pengesahan Asus ZenFone 6 ini sebagai model yang menyokong rangkaian 5G juga bermaksud telefon pintar ini akan hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855.

Asus ZenFone 6 telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 16 May 2019 di Valencia, Sepanyol.

Segala maklumat rasmi dan harga penjualan tempatan bagi Asus ZenFone 6 akan kami berikan kepada anda sejurus selepas majlis pelancaran itu tamat.

ULASAN : Asus ZenFone Max Pro M2 – telefon pintar terbaik pada harga bawah RM 1,000

sumber|sumber 2

Comments

comments