Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan bekas Marvel’s Avengers percuma dengan pembelian Galaxy S10 dan Galaxy S10+

Jika Oppo bakal melancarkan Oppo F11 Pro edisi Marvels Avengers, Samsung juga tidak mahu ketinggalan menyertai bahang cerita superhero Avengers : End Game.

Samsung Mobile Malaysia telah mengumumkan bahawa mulai 12-30 April 2019, setiap pembelian Samsung Galaxy S10 atau Galaxy S10+ akan menerima bekas Marvel’s Superhero  bernilai RM 159 secara percuma.

Bekas Marvel’s ini hadir didalam tiga corak iaitu Captain Amerika , Iron Man dan Avengers yang bernilai RM 159 setiap satu.

Bekas percuma Marvel’s ini boleh didapati dengan pembelian mana-mana model Galaxy S10 atau Galaxy S10+ di stor Samsung Experience di seluruh negara dan ianya adalah sementara stok masih ada.

Bagi anda yang masih belum mengetahui harga penjualan, Galaxy S10 hadir dengan harga penjualan RM 3,299 manakala Galaxy S10+ ditawarkan dengan harga dari RM 3,699 sehingga  RM 5,999.

Hadiah percuma bekas  Marvel’s ini adalah sementara stok masih ada dan penebusan mesti dilakukan pada hari sama pembelian telefon pintar Samsung Galaxy S10 atau Samsung Galaxy S10+ dibuat (tidak boleh pilih).

Ulasan : Bekas OtterBox Symmetry Series Leather , Symmetry dan Defender bagi Samsung Galaxy S10,10e dan 10+

Lifeproof melancarkan bekas pelindung tahan lasak bagi siri Galaxy S10 pada harga serendah RM 259 sahaja

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,699

maklumat lanjut : Samsung Mobile Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.