Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 7 Pro disahkan tidak akan memasuki pasaran Malaysia – Mi 9 akan dilancarkan lebih awal

Xiaomi Redmi 7 dan Redmi Note 7 telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia minggu lalu dengan penjualan akan bermula pada 27 Mac ini dengan harga penjualan dari RM 499 sahaja.

Walaupun pelancaran Redmi Note 7 di Malaysia mendapat sambutan yang baik khususnya kerana harga penjualan yang kompetitif, masih terdapat persoalan mengenai status pelancaran telefon pintar Redmi Note 7 versi Pro ke Malaysia.

Walaubagaimanapun, Allen An yang merupakan pengurus pasaran Xiaomi bagi negara Singapura dan Malaysia telah mengesahkan bahawa Redmi Note 7 Pro tidak akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Perkara ini juga telah disahkan sendiri oleh beliau ketika sesi soal jawab selepas pelancaran Redmi Note 7 di Malaysia dan kini beliau telah membuat satu posting di Facebook peribadi beliau untuk mengesahkan perkara ini.

Berita ini sudah pasti menyedihkan peminat telefon pintar Redmi Note 7 Pro kerana ianya dilihat hadir dengan pemproses Snapdragon 675 dan sensor kamera 48MP Sony IMX586.

Redmi 7 kini di Malaysia dengan harga serendah RM 499 sahaja

Walaubagaimanapun, ketika sesi soal jawab itu, Allen turut mengesahkan bahawa sebagai mengubati kekecewaan ini, Xiaomi akan membawa masuk telefon pintar kelas flagship Mi 9 ke pasaran Malaysia lebih awal.

Dengan pengesahan ini, Redmi Note 7 Pro nampaknya hanya akan ditawarkan di pasaran China dan India.

Bercakap mengenai Redmi Note 7, ianya akan mula dijual pada 27 Mac ini Dan anda boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai penjualan ini di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.