2,000 unit Realme 3 habis dijual dalam masa 24 jam, penjualan khas kedua di Lazada pada 4 April ini pada harga RM 549
Realme 3 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia minggu lalu nampaknya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan dengan 2,000 unit telefon pintar ini terjual didalam masa 24 jam sahaja.
Penjualan khas Realme 3 sempena Lazada 7th Birthday Sale pada 27 Mac juga menyaksikan 500 unit telefon pintar ini berjaya dijual didalam masa 5 minit sahaja (RM 549 bagi versi 3GB/32GB).
Baca : Pandangan pertama Realme 3 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599
Realme 3 hadir ini dengan skrin paparan waterdrop berukuran 6.2-inci dengan resolusi HD+, pemproses MediaTek Helio P60 , dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB selain sokongan kad microSD sehingga 256GB.
Realme 3 juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 13MP f/1.8 + 2MP dan terdapat mod kamera wakti malam yang dikenali sebagai Nightscape dan Chroma Boost.
Kamera selfie Realme 3 adalah unit 13MP dengan sokongan AI Facial Unlock dan terdapat juga sensor capjari dibelakang.
Realme 3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,230mAh tanpa sebarang sokongan pengecasan pantas (plak pengecasan 10W) , UI ColorOS 6.0 dengan Android 9.0 Pie dari kotak.
ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599
Realme 3 ini ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu hitam dinamik , biru dan hitam.
Sebagai menghargai sambutan yang diberikan, Realme akan menawarkan Realme 3 versi 3GB/32GB pada harga istimewa RM 549 dan penjualan kedua di Lazada ini akan berlangsung pada 4 April 2019.
Realme 3 akan mula dijual secara rasmi pada 6 April 2019 melalui lebih 1,000 pengedar produk Realme di seluruh Malaysia pada harga penjualan seperti berikut :
Realme 3 3GB + 32GB – RM 599
Realme 3 4GB + 64GB – RM 699